ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Terbangkan ZAKAT berjuta ke SOMALIA Syawal ini!


SEORANG ibu memegang anaknya yang kekurangan zat makanan di wad pediatrik di Hospital Banadir, Mogadishu, Somalia, 22 Ogos lalu. - REUTERS



NAIROBI 25 Ogos - Krisis kebuluran di Somalia dijangka merebak ke dua lagi wilayah baru di selatan negara itu iaitu Juba Tengah dan Juba Selatan, ketika berjuta-juta penduduk terus berdepan kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun.

Penyelaras Bantuan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia, Mark Bowden berkata, dua wilayah itu menambah bilangan lokasi kebuluran di Somalia kepada tujuh setakat ini.

"Kami kini sedang menunggu analisis statistik untuk mengesahkan perkara tersebut," katanya kepada AFP.

PBB menyifatkan Somalia yang dilanda perang saudara sejak 1991, kini berdepan krisis kemanusiaan paling buruk di dunia.

Bulan lalu, badan dunia itu mengisytiharkan kebuluran berlaku di wilayah Bakool dan Shabelle Selatan di Somalia yang kemudian merebak ke tiga lagi lokasi termasuk Afgoye yang menempatkan kem pelarian terbesar dunia.

Menurut PBB, kebuluran ditakrifkan sebagai keadaan di mana sekurang-kurangnya 20 peratus bilangan isi rumah berdepan kekurangan makanan melampau, mengalami pemakaian tidak seimbang yang serius di kalangan lebih 30 peratus penduduk dan dua kematian dicatat dalam setiap 10,000 penduduk sehari.

"Pengisytiharan kebuluran ini menggalakkan pertambahan bantuan dan sokongan antarabangsa," katanya dengan menambah sehingga AS$280 juta (RM840 juta) bantuan yang dijanjikan telah diterima sehingga kini. - AFP

Sumber: Utusan M
## Andai telah habis LICIN nan fakir-fakir di Malaysia, wajarlah lebihan hasil kutipan ZAKAT itu dilumpukkan ke tempat nan tersebut di atas. Ingat, wang ZAKAT dikutip demi kemaslahatan umat (untuk asnaf 8 sahaja), bukan dimakan sebarang atau dilipat sehingga LUMAT!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top