ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Selepas Pak Berahim nan PERKASA, muncul seorang lagi 2 x 5

Oleh Debra Chong
August 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar tidak dijadikan alat politik, sambil mengingatkan beliau bahawa pasukan pertahanan berkhidmat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti daripada mengheret angkatan tentera ke dalam politik.

Kelmarin, Zulkifeli, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyangkal dakwaan empat bekas tentera baru-baru ini bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.

Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.

“Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.

“Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas,” kata beliau.

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

Kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tidak wajar bagi sebarang penjelasan, jika pun diperlukan, datang daripada jeneral-jeneral secara terus.

“Ia seharusnya datang daripada Menteri Pertahanan, seharusnya Menteri Pertahanan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri Pertahanan.

“Atau SPR,” kata beliau.

“Jika angkatan tentera terlibat, ia boleh membawa kepada perkara buruk, pasukan tentera akan mengambil pendirian memihak,” kata Mohamad lagi.

Sumber: Malaysian Insider

### muncul lagi watak nan lebih kurang sama seperti Pak Berahim nan PERKASA. Aduhai ...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top