ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Roh Kebangsaan Letaknya Pada Sejarah Zaman

|Roh Kebangsaan Letaknya Pada Sejarah Zaman

SETIAP kali membaca sejarah nenek moyang ianya akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi jiwa kita, apalagi jika dibaca dengan rasa CINTA. Kian dibaca kian terbayanglah masa-masa lampau dan masa lampau meninggalkan kesan yang dalam untuk menghadapi zaman kini zaman depan.

Dalam sejarah kita melihat betapa nenek moyang kita, menanamkan dasar-dasar bagi berdirinya pusaka SUCI yang telah menjadi tradisi.

Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa CINTA, seakan-akan merasai bahawa kita turut hidup dengan mereka. Sebab rasa HATI suka duka kita sekarang adalah rasa HATI dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat kita. Itulah modal kita untuk menghadapi zaman kini dan zaman depan.

## Apakah pernah kita cuba membaca sejarah dengan rasa CINTA? Pernahkah kita melahirkan keCINTAan itu dalam ertikata yang sebenar-benarnya? Umumnya kita sebenarnya lebih bersikap 'Paradoks' terlampau akan sesuatu perkara dan sering pula menimbulkan sengketa kerananya. Ternyata ketidaksamaan 'Konseptual', kita sengaja menjauhkan jarak ikatan silaturahmi yang selama kita bina selama 'Merdeka' ini hilang tak berkemenjadian langsung.

Tidaklah menjadi suatu hal yang pelik sekiranya media menyiarkan khabar berita pada besok hari tiba-tiba bercanggah fakta malah jauh menyimpang dari khabar yang sebenar. Bagaimana reaksi kita sebagai pembaca? Bercampur-baur. Seribu satu tanda tanya saling bertingkah soal di benak kita sama ada membenarkan khabar tersebut atau membiarkan sahaja sambil meneruskan bacaan dengan membelek halaman yang lain pula.

Namun sebagai seorang pembaca, adalah wajar bagi kita mengambil sikap 'Baca Terus' sebelum membuat perhitungan setelah bahan yang dibaca itu tamat termasuklah dengan membacanya berulang-ulang kali akan isi sebelum memberi kesimpulan sebaik sahaja bahan bacaan tadi kita letakkan di atas meja (?)

54 tahun 'Merdeka' andai diukur menurut hayat seorang penjawat awam yang bekerja dalam kerajaan, hanya tinggal dua tahun sahaja lagi bertukar menjadi 'Mantan'. Dalam usia sebegitu rupa kematangan seharusnya ADA, dan tidak pula berulah seperti anak-anak kecil yang baharu sahaja mengenal baik buruk perilaku (?). Sekiranya berulah seperti anak-anak kecil menjadi pilihan, apakah kesudahannya sedang gelaran 'Mantan' telahpun siap kita SANDANG?

Persoalannya sekarang, wujudkan 'Roh Kebangsaan' di SANUBARI kita sebagai rakyat? Penjajahan dan penjarahan selama 500 tahun ke mana kita CAMPAKkan? Sejarah pejuang-pejuang bangsa sengaja kita lupakan. Ke mana tumpahnya BUDI yang mereka suburi di bumi ini, sementara kita berwenang-wenang hidup atas penderitaan yang mereka perjuangkan selama ini.

'Roh Kebangsaan' akan menjadi angan-angan selagi kita yang WUJUD sebagai penguasa mahupun rakyat saling salah menyalahi antara satu dengan yang lain, tidak pula kita cuba mencari persamaan bagi meWUJUDkan kesatuan agar keAKRABan akan terus mekar subur tanpa sebarang pergulatan yang ternyata adalah suatu perkara SIA-SIA dalam kehidupan hari ini dan juga kehidupan di masa depan.

"Tanpa rasa CINTA, sejarah yang kita baca hanyalah sekadar menjadi nota-nota 'Dongeng' yang akan meniti di bibir anak bangsa yang langsung kita tidak ketahui apa untung rugi bakal diwarisi dek mereka suatu hari nanti."

>>> J. KingRaja
>>> al-fatihah buat Buya Hamka

Sent from my Nokia ⡢ 5730XM ⡖ Hacked Series!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top