ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Renungan Yang Tiada Direnungkan

|Renungan Yang Tiada Direnungkan

Telahpun lengkap ketentuan Tuhan
pabila genap turunnya segala firman
yang dibahagi-bahagikan
kepada tiga puluh bahagian
setiap satunya berguna buat sekalian insan.

Entahlah apa lagi yang meragukan
setelah lengkap ia diturunkan
tercetus lagi perdebatan
mencurigai seratus empat belas surah pilihan
terisi enam ribu dua ratus tiga puluh enam ayat kebenaran
sementara yang
lapan puluh enam ribu empat ratus tiga puluh mengandung perkataan
dan tiga ratus dua puluh tiga ribu tujuh ratus enam puluh
huruf Arab secara keseluruhan.

Entahlah apa lagi yang hendak aku dustakan?
Setelah segala bukti telah ditunjukkan
Entah apa lagi yang dimahukan
Kerana hayat masih lagi diberikan
Tetapi langsung tiada ucap kesyukuran
Malah dibalas pula dengan melanggar larangan.

Oh, betapa bodohnya akal fikiran
Oh, betapa jelaknya tabiat sang badan
yang tetap mengekalkan sikap keAKU-AKUan
dalam setiap gerak perbuatan
sama ada dalam kesedaran
atau dalam ketidaksedaran.

Oh, betapa bodohnya aku ini wahai Tuhan
Oh, betapa jeleknya aku ini wahai Tuhan
waima Engkau jadikan sekalian kami ini yang terbaik
dan yang diciptakan sebaik-baik kejadian
Malangnya langsung tiada aku renungkan
lebih malang apabila pedoman ini sengaja dilupakan
malah ia tidak langsung aku amalkan
apatah lagi diterapkan dalam kehidupan sehari-harian.

J. KingRaja

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top