ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

PROLOG | Srikandi Bersenjata Di Lapang Gaza



Srikandi Bersenjata Di Lapang Gaza | PROLOG

NEGARA kami ini tak ubah seperti negara yang kehilangan makna. Langit yang kelihatannya cerah juga seperti berdarah - seperti ada yang terlantar cedera parah. Bumbung langit kami telah pecah, seperti tidak mampu lagi menumpahkan airmata hujan. Semenjak tembok besi konkrit berkedalaman 20 - 30 meter bawah tanah yang bertindak bagaikan pasak bumi dibina, hidup kami semakin terhimpit dan masalah datang bertimpa-timpa ke atas kami.

"Apa kamu dah hilang akal, Aqsa? Sudahkah kamu fikirkan tentang hal ini beribu kali?" Prof. Benjamin bertanyakan soalan yang serupa berulang-ulang kali sambil memandang redup manis di wajah Aqsa.

"Saya nekad, Prof. Ini negara saya. Siapa lagi yang hendak turun memperjuangkan kalau bukan saya bersama sahabat-sahabat saya di luar sana?" balas Aqsa penuh yakin.

Prof. Benjamin, satu-satunya profesor berketurunan Yahudi di Universiti of Palestine, tempat di mana Aqsa meladeni pengajian setahun lepas yang terletak di Zahra, di bahagian selatan Bandar Gaza. Walaupun berketurunan Yahudi, beliau tidak pernah menyokong sebarang tindakan kekerasan dilakukan terhadap sekalian rakyat Palestin, dan disebabkan itu beliau berhenti menjadi pensyarah seterusnya dengan rela hati melepaskan jawatannya sebagai seorang dekan di bidang kedoktoran di Hebrew Unversity of Jerusalem.

J. KingRaja

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top