ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Petua: Melicinkan kulit wajah daripada 'Jerawat Mega' yang murah kos

|Petua: Melicinkan kulit wajah daripada 'Jerawat Mega' yang murah kosnya.
Oleh: PakTuaHijauMuda

Ini namanya 'Kayu Manis' sementara dalam laras bahasa Brunei daerah kelahiran ku disebut sebagai 'Kayu Manah'. Berfungsi sebagai apa kayu manis ini agaknya ya? Adapun fungsinya pelbagai - andai saudara seorang tukang 'kuih' maka jadilah ia antara campuran ramuan - andai saudara seorang tukang 'masak' maka jadilah ia penambah rasa gulai berkawah-kawah besarnya - andai saudara seorang tukang 'air' maka jadilah ia sirap 'Sarbat' yang sedap rasanya.

Tetapi bukan itu yang ingin aku kongsikan buat sekalian saudara. Ingin aku khabarkan sebuah rahsia di mana 'Kayu Manis' juga memberi manfaat buat penyeri muka - bagi insan yang wajahnya penuh dengan jerawat 'mega' - ikutilah kaedah jangan pula tersilap cara, moga berjayalah saudara dengan izin Tuhan jua.

Mula-mula carilah serpihan tembikar lama yang punah (usah memunahkan pasu bunga mahal milik anda semata-mata kerana mencuba petua). Kemudian ambil sepotong 'Kayu Manis' lalu gosokkan ia pada permukaan serpihan tembikar sehingga menjadi habuk-habuk halus wangi. Setelah usai, ambillah air - titiskanlah sedikit demi sedikit air hingga habuk halus tadi cair secukup rasa anda. Kemudian apa? Sapu ratalah ke wajah anda yang tiada RATA itu tanpa RAGU.

Setelah itu? Usailah sudah petuaku. Apa pun ini sekadar petua, mahu cuba atau tidak terserah anda (Daripada membazirkan diri membeli produk yang entah sahih berjaya atau tidak, lebih baik mencuba sesuatu yang mudah dicari dan murah kosnya; kan itu hajat kita sebenarnya). Tetapi benar, ramai yang telah berjaya meLICINkan wajah mereka; namun untuk mengHALUSLICINkan hati di dalam diri terlebih baik didahulukan kerana Tuhan tidak memandang RUPA hamba yang CANTIK melainkan penilaian MAHA-Nya lebih condong pada PERIBADI yang CANTIK kepada Dia Yang Maha Cantik.

Sekian. Sama-samalah kita mencantikkan diri sesama manusia, juga mencantikkan lagi hubungan kita dengan Pemilik Segala Yang Cantik.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top