ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Penulis Novel 'Seorang Tua Di Kaki Bukit' telah kembali ke rahmatullah

Menurut info penulis novel, Sri Diah Shaharuddin dalam status fb beliau berbunyi:

"Assalamualaikum WBT teman-teman. Saya baru dapat khabar melalui sms - Sasterawan Azizi Haji Abdullah telah kembali ke rahmatullah pagi ini, di Hospital Pulau Pinang. Al-Fatihah untuk rohnya moga-moga Allah tempatkannya bersama-sama para mukmin dan syuhada di Negara Abadi. "Seorang Tua di Kaki Gunung" antara novel hebatnya."

"Maklumat terkini, jenazah akan dibawa pulang ke 424 Lorong Cengai Batu, Taman Bersatu, Kulim. Insyaallah. Al Fatihah."

Petikan Berita Hairan pada 2 Feb 2011 (Sewaktu arwah berada di hospital)

KUALA LUMPUR: Sasterawan terkenal, Azizi Abdullah, yang terkenal dengan novel Seorang Tua di Kaki Gunung ketika naskhah itu dijadikan teks wajib pelajar Tingkatan Lima, kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak dua minggu lalu.

Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Rahimidin Zahari berkata, Azizi baru saja menjalani pembedahan jantung sebelum mengalami masalah jangkitan kuman dan sejak empat hari lalu, tidak sedarkan diri sehingga tengkuknya terpaksa ditebuk bagi membolehkannya bernafas.

“Setakat ini, saya dimaklumkan Azizi kritikal dan berdoa dia cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala,” katanya yang menziarahi sasterawan terbabit bersama ahli PENA, Shamsudinn Othman, Ridzuan Harun dan Ariff Mohamad, awal minggu ini.

1 comments :

Jamal Ali said...

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top