ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Di-Raja Besi Kuning Kersani

|Di-Raja Besi Kuning Kersani
Nukil: Ki-Jampi-Ki

Adapun cherita ini empunya telah lama tiada, usai tamat hidop-nya di 'alam dunia, akan tetapi cherita nian indah-lah di 'alam mayapada waima sa-benar-nya ia-nya di-sembunyikan secara rahsia tanpa pechah di-mulut mereka nan mendengar cherita gemulah. Namun, kebetulan tersua dek upas istana lalu akhir-nya di-serahkan kepada opsir di-raja agar di-ambil dan di-catit semula akan cherita moga bisa menjadi teladan anak-anak warisan di-hujung zaman kelak ada-nya.

Sa-telah sa-kian lama, cherita tua tentang sa-orang hamba Tuhan nan hidup di-kota bahru akhir zaman itu membuat perkhabaran bahawa diri-nya itu sa-orang sultan nan benar lagi berdaulat. Dengan berbekalkan cherita-cherita susur galur tok nenek ba-serta cop mohor siap persalinan di-raja kuning ka-emasan di-sarongkan di-tubuh-nya menjadi penguat cherita akan kebenaran-nya.

Masakan tuanhamba sang Di-raja Besi Kuning Kersani berani-berani membuat perhitongan mudah dengan memberi khabar mahakonon tuanhamba-lah pewaris kerajaan Malaka ini? Sa-telah sekian lama tammat kerajaan ini hidop tanpa sultan, tiba-tiba tuanhamba wenang mengaku tuan-lah tuan negeri. Apa tuanhamba waras akal kala membuat pengakuan saperti ini?

Sa-demekian benar-lah akan cherita nan sengaja di-mashor akan ia-nya. Namun, dengan sukachita-nya daku persembah buat sang Di-raja Besi Kuning Kersani bahwa cherita itu telah kunjong terhapus dek sejarah zaman, dan tiada bisa ia-nya di-putar kembali pada puchok pangkal cherita kerana sa-benar-nya Nan Di-pertuan Raja Malaka telah ba-pergian entah ka-mana, hatta keris Taming Sari ka-punyaan hamba-nya Tun Tuah tiada timbul saperti diri-nya jua.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top