ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apa Ada Dengan Teknologi? Eh, Quran Digital?




|Manusia (KITA) Kata:

"Dunia Teknologi, Segalanya Berada Di Hujung Jari, Klik Sahaja Kalau Mahu, Kalau Tidak Baiklah Segera Sembunyikan Diri."

Alangkah baik andai berbarang, tahu pula hendak menggunakannya. Apalah gunanya kalau berbarang kalau tidak tahu langsung selain tekan-tekan, adalah lebih baik membeli hak murah, lebih berbaloi dan tidak pula RASA rugi membeli.

Dahulu, kadang ada suatu ketika kita berada di majlis khatam Quran dan sebagainya kita terlupa (padahal malas hendak mengusung Quran yang tak seberapa beratnya berbanding DOSA di bahu kita, lagipun Quran ada di rak masjid tempat di mana majlis khatam itu tadi dijalankan). Akibat MALAS yang menebal, adalah sebuah syarikat telah memperkenalkan Quran digital versi telefon bimbit yang berstatuskan PINTAR (kata mereka).

Dan dengan riang ria aku menggunakan ia sebaiknya, mudah pula ia dibawa ke mana-mana (dibimbit memanglah sentiasa dibawa). Sudah masuk tahun ke berapa aku menggunakannya? Bermula dari saat ia diperkenalkan hingga ke saat ini. Alangkah indahnya andai tahu menggunakan BARANG, sekurang-kurangnya terlepas dari gelaran KERA mendapat BUNGA. Err, tetapi kalau ada apalah guna kalau tidak diBACA ya?

J. KingRaja

>> Yang bernama Teknologi, payah benar hendak dikejar - makin dikejar semakin ia laju berlangkah melarikan diri. cukuplah sekadar menjadi pemerhati kerana tidak semua barang yang berteknologi kita mampu nak beli. Sekian, sama-sama kasih; sekalian yang wujud di dunia ini bersaudara dan harus kasih mengasih baharulah hidup dirasakan indah tanpa ada RASA tersisih.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top