ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Aku Kaya: Kan Kubawa Ke Mana Selepas Kutiada?


|Aku Kaya: Kan Kubawa Ke Mana Selepas Kutiada?
Nukil: KikisBrendi

Ekonomi merundum, minyak mahal dirungut-rungut marah tiap-tiap hari, segala macam sumpah dihambur ikut sedap mulut; ikut sedap hati, minyak masak di pasaran pun terpaksa dicatu dalam negeri pengeluar utama Minyak Kepala Batu.

Nah, ini solusinya. Usah difikir panjang sedepa kerana fikir akal kalian sudah hilang nuansa, hilang irama - tergendala. Ikut sahajalah cara-caranya, insya Allah pasti 'kan berjaya di dunia; akhirat belum pasti kerana mata melihat nan nampak sahaja adanya.

Peluang berkaya-kaya buat sekalian para miskin tegar yang memiliki akaun 'Kitab Wajah', daripada kalian sibuk membuang masa bermain 'games' yang tak akan sudah sampai bila-bila (andai mati tamatlah jua), sertailah dengan niat jujur ikhlas kerana dunia semata-mata, rembatlah segala peluang selagi mata masih terbuka - selagi nyawa belum dijemput sang malaikat kematian. Plan perniagaan mudah, sila hantarkan info peribadi saudara ke tangki mesej hamba, akan hamba khabarkan tindakan selanjutnya.

Lihat skrin paparan ATMku duhai kawan, ada RM34,949,00 dalam bank simpananku - takkan tak terliur barang sedikitpun. Cubalah dahulu - mari kita berpiramid sekarang - alang-alang kutu, biar naga jadi sayap; alang-alang berbulu, di sisi diri menjadi kayap. Yang penting usaha. Pedulikan kata-kata orang. Tak pernah ada orang kita senang melihat kejayaan saudaranya. Hahahaha, ketawakan mereka yang menyindir kegiatan piramid kita kerana yang penting apa, duhai kawan? Yang penting KAYA!!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top