ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Seni Itu Haram? Sila Berikan Pendapat Anda Berpandukan Kisah Benar Ini

|DIALOG SKEMATIK beserta SURAT CINTA buat AGAMAWAN NEGARA: Apabila yang jauh daripada pandangan mata ditatang bagai minyak yang penuh; Yang berada di hadapan mata seringkali diabai dan dibuat serba tak tahu.

Oleh: KalamJiwaDanPermataKononnya

"Dunia ini nampak tak adil ya?"

"Eh, kenapa cikgu cakap begitu?"

"Yalah, kadang-kadang terasa juga bila bab-bab penting dalam agama dianggap remeh-temeh,"

"Maksud cikgu?"

"Begini, kamu tahu berapa banyak kutipan wang zakat tiap-tiap tahun?"

"Manalah saya tahu, cikgu. Kerja saya sekarang belajar saja."

"Kamu kena tahu, dan kena ambil tahu. Ramai yang tak layak dapat sementara yang layak pula tak dapat. Saya juga mendengar cerita di mana ada seorang pelajar seolah hilang kelayakan menerima agihan bantuan pelajaran waima dirinya tersenarai dalam asnaf lapan."

"Samalah dengan kes saya ni, cikgu."

"Eh, sama? Maksud kamu?"

"Cerita yang cikgu dengar tu cerita tentang sayalah!"

"Laa, astaghfirullah, cerita kamu rupanya. Apalah perasaan bila ketidakadilan berlaku di hadapan mata; berlaku pula ke atas diri sendiri? Marah?"

"Tidaklah, cikgu. Awal-awal tu marah jugalah sebab ada di antara rakan saya boleh pula terima bantuan padahal kursus yang kami ambil sama. Entah apalah masalahnya 'dia' cakap dengan saya begitu,"

"Dia? Dia tu siapa?"

"Oh, dia pegawai kerajaan, seorang agamawan yang bijaksana."

"Apa dia kata?"

"Dia kata SENI tu tidak pernah wujud dalam agama kita, SENI itu haram segala."

"Wah, hebatnya beliau ya! Lagi?"

"Dia hukum saya terus, cikgu. Dia kata SENI itu MAKSIAT, dan para pelaku MAKSIAT tempatnya di NERAKA! Saya tak pernah berhajat untuk belajar di sini, apatah lagi untuk meladeni bidang SENI. Tetapi inilah takdir saya, Allah dah tentukan segalanya. Betulkah, cikgu?"

"Ya, betul. Tetapi kamu mesti terus perjuangkan hal ini kerana ini hak kamu - kamu layak menerima bantuan kerana kamu termasuk dalam senarai asnaf lapan!"

"Entahlah, cikgu. Barangkali saya harus bersabar dahulu. Cikgu baca dululah surat saya. Inilah surat yang saya kirimkan kepada Ahli Majlis Tertinggi di sana - sampai sekarang tak berbalas. Mungkin mereka rasa tak perlu dibalas surat yang datang dari PENDOSA seperti saya. Betapa untungnya orang-orang Palestin, nasib mereka yang jauh itu dibela sehabis-habisnya walaupun kita sendiri tak pasti bantuan buat mereka di sana itu sampai atau tidak. Aduhai, kadang-kadang terasa asing pula bila duduk di negeri sendiri seperti berada jauh di negeri orang. Betul tak, cikgu?"

"..........," aku diam, bergeleng kepala - sunyi - tanpa bunyi

Petikan surat diunjuki kepadaku lalu kubaca satu persatu.

Cik Fatin Senandung
Kolej Kediaman Di Luar Negeri
Sekolah SENI MAKSIAT?
Jalan Negara Asing
88400 Kota Hura-Hura
SABAH

Kepada

Datuk Betara Tunggal
Ahli Majlis Tertinggi M***
Pengarah Rizab Kerajaan Negeri
Negeri Ini

21 Januari 2011

MOHON PENJELASAN DASAR AGIHAN BANTUAN WANG ZAKAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya Cik Fatin Senandung pernah cuba memohon bantuan daripada Baitulmal, M***. Saya adalah kumpulan, orang-orang yang kehabisan wang perbelanjaan untuk meneruskan perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh Syarak, iaitu menuntut ilmu. Saya tidak mendapat sebarang bantuan kewangan, termasuklah PTPTN.

Untuk pengetahuan Datuk, saya tidak minta dilahirkan susah dan tidak pernah bercita-cita belajar pengajian seni. Kehendak saya mahu lahir dalam keluarga ulamak dan belajar ilmu ISLAM. Qada dan Qadar Allah swt, menetapkan saya untuk berada di jurusan SENI, di negeri SABAH ini.

Setelah saya berjumpa dengan TUAN HJ X , permohonan saya ditolak dengan sebab berikut:

1. Dalam Islam tiada seni
2. Haram hukumnya belajar ilmu yang mengarah pada maksiat
3. Apakah kaitannya seni penulisan dengan ISLAM.

Saya rasa pelik kerana kerajaan PAS, Kelantan memberi bantuan pada rakan sekelas juga mengambil subjek yang sama. Adakah M*** lebih Islam daripada badan agama Kelantan? Lebih pelik lagi, bagaimana wang zakat STAF Sekolah SENI MAKSIAT (?), boleh diterima oleh M***?

Sekian wasaalam. Mohon bantuan Datuk menjelaskan dasar M***. Saya bukan pakar hukum untuk mengadili perkara yang tersebut di atas. Andai saya tersilap maafkanlah kerana saya budak baru belajar, tidak salah untuk belajar daripada kesilapan.

Yang benar,


...................................
Cik Fatin Senandung


******************************

Cik Fatin Senandung
Kolej Kediaman Di Luar Negeri
Sekolah SENI MAKSIAT (?)
Jalan Negara Asing
88400 Kota Hura-Hura
SABAH

28 MAC 2011

Kepada

Datuk Betara Tunggal
Ahli Majlis Tertinggi M***
Pengarah Rizab Kerajaan Negeri
Negeri Ini


MOHON PENJELASAN DASAR AGIHAN BANTUAN WANG ZAKAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Cik Fatin Senandung adalah pelajar tahun pertama Sekolah SENI MAKSIAT(?). Saya ingin menarik perhatian Ybhg Dato’ berkenaan surat saya yang bertarikh 21 januari 2011 berhubung perkara di atas, telah dihantar pada pihak Ybhg Dato’. Pada saat ini saya masih menunggu maklum balas daripada Pihak Ybhg Dato’ sebagai salah seorang AMT, M***.

Amatlah saya berharap mendapat maklumbalas daripada pihak Ybhg Dato berhubung status surat saya berkenaan. Tujuan saya menarik perhatian Ybhg Dato agar tidak ada penindasan untuk generasi baru pelajar Sekolah SENI MAKSIAT (?) pada masa akan dating.



Sekian Wasalam.


Yang benar,


...................................
Cik Fatin Senandung

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top