ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sajak Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)

|Sajak Pak Sako (dalam ucapan beliau di Majlis Konvokesyen sebagai penerima Doktor Kesusasteraan, Universiti Malaya, Jumaat 29 Jun, 1973)

Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini.
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.

Orang-orang kampung mengadap Kiblat,
Mereka membaca komik-komik Barat;
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat.

Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dancing.

Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.

Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan. Indian pun bukan.
Inikah akar-akar yang mengaku rotan?
Atau kaca-kaca yang mengaku intan?

P/S: Arwah Pak Sako pernah bertanya,

"Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa Menunjukkan Bangsa, maka apakah yang sebenarnya kita maksudkan dengan kata-kata yang banyak dan dalam maknanya itu?"

Bagai dipulas leher rasanya tetapi berjaya dipulihkan kembali apabila beliau menerangkan bahawa,

"Melainkan kita sekarang menerangkan dan mentafsirkan kata-kata simbolik itu dengan cukup jelas, supaya kata-kata itu boleh difaham dengan mudah oleh sekalian rakyat Malaysia, dan rakyat dalam negeri-negeri yang berjiran dengan kita, maka kesaktian kata-kata akan turun darjat dan mutunya, menjadi cogankata-cogankata sahaja, yang hanya mampu meniupkan semangat perkauman semata-mata, ataupun, yang mungkin celaka, kata-kata itu, dengan tiada sengaja atau sebaliknya, akan menimbulkan perasaan-perasaan tegang perkauman yang tiada sihat, tetapi boleh dielakkan."

Isinya cukup jelas, ia memiliki maksud berkias tersurat tersirat. Namun apa yang berlaku di zaman baru ini JELAS tersasar jalan LURUS menuju SIMPANG, membuat gaya berfikir kita kerap terlajak ke jalan SONGSANG. Alahai,

"Tari Mak Inang digantikan 'Dancing'; Berlari mencari JAMBAN,
dalam celana ia terKENCING."

Sent from my Nokia Hacked Series!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top