ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dialog Skematik: Rumah PPRT



|Dialog Skematik 'PPRT'
Oleh: A. PPRT

Seorang pemuda segak berdiri menunjukkan sekeping foto bersaiz peti 'TALIVISHEN' 21 inci sambil berkata dengan nada tak ubah lagaknya seperti seorang guru di sekolah.

"Ini rumah 'PPRT', harganya kepalang tinggi sekali, RM40k 'sebiji', istimewa buat fakir di serata negeri. Ini rumah 'PPRT', diserahkan anak kunci kepada fakir nan tinggal di sawah padi. Ya, sang fakir bersyukur kepada Allah Nan Maha Memberi. Namun, masyarakat di sekeliling tertanya-tanya tercari-cari bukti bagaimana kos bisa melambung sebegini tinggi? Aduh. Apakah 'Alibaba' berlaku lagi? Atau bertimpa-timpa dibahagi-bahagi 'Sub' kontraktor bertindan nama si anu ini. Alahai, RM40k demi rumah sebesar ini. Aduhai, alangkah lucunya (negeri ini)."

Si pemuda nan segak terpunduk. Walang sungguh hatinya. Airmatanya tumpah lagi, bukan kerana RM40k tetapi kerana sang fakir yang akan mendiami rumah. Bertambah lagi sedih si pemuda apabila mendengar khabar bahawa terdapat segelintir mereka yang mengaku fakir telah mendapat sebuah rumah tetapi bertindak menyewakannya kepada mereka yang tiada berhak - kepada si warga 'Ah Seng' yang selama ini dimarah-marah malah setiap hari disumpah seranah!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top