ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Cucu Kambing Khasiat Banyak Namun Pengusaha Lupa Akta

|Wah, banyaknya khasiat 'Cucu Kambing' ini ya, sampai pengusaha 'Cucu Kambing' terlupa akan akta, begini iramanya:

"Di Bawah Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976: Sebarang iklan mengenai sesuatu produk tidak boleh mengandungi dakwaan yang mengatakan produk itu boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti: penyakit buah pinggang, penyakit atau kecacatan jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma ... bla bla bla bla ..."

Betapa merdunya alunan irama akta buat sang 'Cucu Kambing'.

P/S: Tiadalah hasrat diri hendak membunuh perusahaan yang diusahakan dek orang kita, tetapi berhati-hatilah. Perihal produk, zaman mutakhir ini dipenuhi dengan lambakan produk-produk yang entah apa-apa entah. Pelbagai jenama diperkenalkan bermula daripada pakaian, alat mekap, ubat kurus (pil langsing), segala jenis ubat kuat tubuh - kuat 'Anu' dan segala macam. Khasiatnya? Ya, memang ada yang berjaya tetapi itu hanyalah 'Asbab' lemah kerana kesembuhan datang dari Allah S.W.T jua. Namun, apa yang merisaukan - lambakan produk-produk ini rata-rata bertulangbelakangkan syarikat berasaskan multi level, apa akibatnya? Sendiri mahu - sendiri cari fakta baharu boleh tahu apa dia ini itu! Lalalala ...

Sent from my Nokia 5730XM Hacked Series!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top