ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sebahagian Daripada Teks Ucapan Tun Fuad Stephens 1976


|Serampang Mata Dua Menyucuk Mata
Nukil: A. Jikara

Soalan : Parti apakah yang memerintah negeri Sabah sebelum BERJAYA membentuk kerajaan baharu?

>> Mari kita renungkan kata-kata azimat yang diluahkan oleh arwah Tun Haji Mohd Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah, menerusi siaran gelombang tinggi TALIVISYEN pada 20 April 1976 tanpa mengubah barang sedikitpun akan isinya. Aduh, betapa indahnya.

"Adalah dukacita dinyatakan di sini bahawa kerajaan BERJAYA yang baru dibentuk ini menghadapi beberapa masalah yang sukar untuk diatasi segera kerana kita mengambil alih setelah bertahun-tahun salah tadbir menguasai jentera pihak kerajaan yang lama. Perkara yang berlaku ini telah menjadikan mustahil bagi kita, menyempurnakan segera janji-janji yang kita buat kapada rakyat sebelum terlebih dahulu membersihkan saki-baki kekotoran yang dilakukankan oleh kerajaan lama itu.


Sekarang saya ingin menyentuh pula soal kedudukan kewangan negeri kita. Sekali lagi saya merasa amat dukacita menyatakan bahawa kerana pembaziran yang dilakukan oleh pihak kerajaan lama dengan pemborosan perbelanjaan yang tidak mendatangkan faedah dan sebagainya, telah menyebabkan perlu kita mengulangkaji semula rancangan-rancangan tersebut atau menghentikannya sementara sehingga kita mendapat kewangan dan peruntukan yang mencukupi atau pun kita terpaksa melancarkan pelaksanaannya menurut sistem keutamaan projek tersebut dan hasrat rakyat kita. Di samping ini kita juga akan memberikan keutamaan terhadap pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga."

>> Indah bukan? Bagaimana dengan pemerintahan ketika itu, dan yang memerintah sekarang ini? 2 X 5, pusinglah macam mana pun jumlahnya tetap sama tak bisa diubah. Benar atau tidak? Bertanyalah kepada yang tahu kerana aku hanya ada hitam putih, dan inilah benteng pertahananku. Oh, betapa indahnya. Eh, berapa kali mau dibilang indah .... (^_^)v

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top