ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Nota: Warkah Buat Pejuang Bangsa Kononnya


|Nota: Warkah Buat Pejuang Bangsa Kononnya
Oleh: S. HatiKering

Kepada yang mengaku pejuang tanah air
Usah kaupandang realiti khayal hadapan hidungmu
Pandanglah ke belakang masa
Tanyakan kembali bagaimana bermula darah luka
Siapa pemula kisah sengketa
Duka nestapa berair merah si airmata
Usah kauangkat panji khayal
sedang matamu buta
sejarah langsung kaulupa
kautaktahu apa-apa sebenarnya
kerana tahumu hanya bertaklid buta
Orang omong tong - kauangguk-angguk kepala kata YA
tak pernah pula kaubantah
apatah lagi mahu memenggal lidah mereka
yang kautahu hanya YA, YA, YA!

Izinkan aku bertanya
sebuah pertanyaan istimewa
buat pejuang bangsa yang konon cintakan negara
"Cukupkah kauberbekalkan fakta akhir zaman
andai cebisan belakang zaman kaulupakan?"

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top