ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

|Isu Rasuah, Guru Yoga India Lancar Mogok Lapar (Guru Agama Kita Mahu Mogok Apa Ya?)


|Isu Rasuah, Guru Yoga India Lancar Mogok Lapar (Guru Agama Di Malaysia Ada Buat Beginikah? Selagi Diri Masih Selamat, Mengapa Mesti Berlaku Bangsat? Kata Mereka)

Tukang Pulas: A. Jikara

Negara kita ini berkehendak agar segenap lapisan masyarakat tanpa mengira suku atau etnik bersatu demi mencapai maksud sebenar slogan 1Malaysia yang meriah dibualkan. Namun, apakah dia perkara maha penting yang perlu dilakukan sebelum berjaya mencapai maksud tersebut? Secara peribadi, adalah perlu diadakan tapisan semula di kalangan para pemimpin yang mengepalai tampuk pemerintahan serta ahli-ahli lain yang berada di meja yang sama. Maksudnya? Rasuah. Inilah isu yang sengaja digelapkan waima benar memang ada tangkapan dibuat, namun ia hanya berlaku atas kertas, sementara di luar lain pula yang berlaku. Ironinya.

Rasuah. Isu lapuk ini tidak pernah surut dari zaman dahulu hinggalah sekarang. Seolah ia diredhai pula. Di dalam dunia, tidak ada satupun agama yang mengharuskan, apatah lagi menghalalkan rasuah. Sila rujuk semula kitab-kitab mereka. Kalau terjumpa, dipersilakan tampil memberikan hujah berdasarkan isi kitab tersebut. Itupun kalau jumpalah. Mengapa hal ini masih berlaku dan semakin membarah kini? Sengaja melupakan hukum Tuhan. Inilah antara faktor yang menjadi punca utama kebejatan waras fikiran manusia di alaf baharu. Andai penyakit AIDS diketahui umum sebagai penyakit yang masih belum ditemui akan vaksinnya, begitulah juga dengan rasuah. Ia juga adalah penyakit, dan akan berjangkit jika tidak diberikan rawatan segera!

Apa kata kita menjelajah sebentar ke sebuah negara besar yang menjadi salah satu daripada negara korup di kalangan para pemimpinnya. Pada mulanya agak janggal dan tertanya-tanya mengapa seorang guru yoga tiba-tiba turun padang seakan berkempen. Rupanya kerana rasuah. Swami Baba Ramdev, hanyalah seorang guru yoga dan merupakan ahli konservatif sosial yang dikatakan tegas dalam isu yang melibatkan hasil imbuhan bawah meja. Siapa pun pasti tidak menyangka bahawa Swami yang sering diliat memakai jubah safron, mempunyai sebuah rancangan televisyen yoga harian yang besar, manakala jumlah penonton rancangan yoga hariannya dikatakan mencecah 30 juta penonton!

Apa pendapat Swami terhadap amalan rasuah di negaranya? Bagi Swami, hanya dengan mengenakan tindakan yang berat akan mengurangkan pelaku 'makan suap' ini. Apakah cadangannya? Swami memohon agar hukuman mati dijatuhkan ke atas mana-mana pegawai kerajaan yang menerima rasuah. Katanya,

"Ahli politik yang menerima rasuah telah mendapat sejumlah besar wang rakyat yang bekerja keras,"

Kemudian Swami segera menambah,

"Orang yang menerima rasuah tidak mempunyai agama!"

Sebuah hujah yang keras daripada guru yoga ini terus membantai kerajaan dengan berkata,

"Semua menteri yang korup seharusnya dihukum mati!"

Disebabkan hal ini Swami mengumumkan bahawa beliau akan "berpuasa sampai mati" bagi mencapai tujuannya. Apapun kita hendaklah melihat kembali sebab sebenar yang menjadi punca kemarahannya bermula. Begini, kemarahan umum terhadap isu rasuah telah bertambah sebaik sahaja seorang menteri ditangkap didapati terlibat dalam skandal melibatkan kerajaan, yang mana paling ketara ia membabitkan penipuan telekom bernilai AS$39 bilion! Wah, memang wajar beliau marah. Apa kata kerajaan India? Dikatakan pihak kerajaan memberikan jaminan kepada Swami dan para pengikutnya bahawa hukuman maksimum bagi pegawai yang terlibat dengan rasuah akan "ditambah secara perlahan-lahan". Kononnya kerajaan berjanji perbicaraan yang lebih cepat bagi mereka yang dituduh terlibat dengan rasuah namun terus berdiam diri pula mengenai tuntutan Swami yang mahukan agar mereka (pelaku rasuah) dihukum gantung.

Di Malaysia bagaimana? Apa kata guru agama? Para mufti? Ulama parti-parti? Seperti tidak memberikan kesan langsung teks khutbah jumaat yang dihidangkan saban minggu. Boleh dikira lumayan kalau ia masih dikata masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kerana bersinggah jua ia di antara keduanya namun ini tidak, telinga disumbat, langsung tidak mampu tembus menembusi segala selaput kotoran bendasing yang ada di dalam telinga membuat mereka pekak tidak mendengar apa-apa. Kasihan. Kasihan diriku memandang diriku, lalu memandang kalian dengan rupa wajah hampa tanpa manis kerana telah hilang deria rasa di lidah minda. Kembalilah kepada Tuhan, jangan hampirkan diri kepada syaitan. Dalam Islam, sememangnya haiwan bernama babi itu diharamkan namun jikalau tersentuh masih bisa disamak. Tetapi penyantap suapan (rasuah) beserta sekalian pengikutnya juga menerima hasil haram. Jadi apalah bezanya antara memakan rasuah dengan memakan babi? Apakah mampu kita samak hasil rasuah yang telah kita makan dengan menggunakan tanah sebagaimana proses menyamak bahagian yang tersentuh babi itu tadi? Kasihan. Sekali lagi, kasihan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top