ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ilmu Air dan Api: Dari Mana Datang Pelajaran Ini



|Ilmu Air dan Api: Dari Mana Datang Pelajaran Ini
Nukil: A. Jikara

Sejuk air di kali
di mana sejuk kautemui?

Panas api di kuali
di mana panas kaurasai?

Kautemui sejuknya air
Kaukatakan ia mendinginkan
Kaurasai panasnya api
Kaukatakan ia menyakitkan

Di mana ilmu kaudapatkan
tentang sejuk air dingin
andai bukan daripada Tuhan

Di mana ilmu kaudapatkan
tentang panas api pedih
andai bukan daripada Tuhan

Lalu, kepada diri sendiri
aku mengulang firman Tuhan:

"Maka nikmat Tuhan kamu
yang manakah yang kamu
dustakan?"


++ Nota: Kita seringkali berdusta, namun kita tak sedar kepada siapa yang telah kita dustai ...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top