ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Di Tanah Perjuangan - Bersih?



|Di Tanah Perjuangan
Oleh: J. JuangRimba

Di sini tanah pejuang malap suram
Tiada lagi sinar bahagia apabila mentari tenggelam
Cahaya terang di tanah nan lapang
Menerangi pula bulan apabila malam tiba mendatang
Punggok tidak bernyanyi lagi kerana sarangnya ditebang
Tinggal ia seekor berterbang kala bulan mengambang.

Ahh!
Tak akan ada perjuangan tanpa penderitaan
Tak akan ada kemenangan tanpa perjuangan
Tak akan ada kemerdekaan tanpa pengorbanan
Tak akan lahir kejujuran andai pengkhianatan menjadi tuan!

Hayat perjuangan 'kan mati
apabila kawan memakan kawan
Hayat perjuangan 'kan mati
apabila wujudnya perseteruan
Hayat perjuangan 'kan mati
sebaik sahaja mandat ada di tangan
- bukan kawan sahaja dimakan
- hatta seteru juga habis ditelan

Akhirnya hilanglah setia kawan
berpecah seribu wujudkan kumpulan
Nan kanan kerap berkalih
Nan kiri pula kerap berdalih
Nan tengah tiada memilih
kerana tersepit antara kasih
ada terpilih kotor bukan nan bersih!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top