ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Alangkah Lucunya (Negeri Ini)

Nukil: A. Jikara

|Bersandar Kepada Hujah Buya Hamka Berkait Soal Perang Senjata, Lidah, Ilmu, Orang Besar-besar, Isteri, Dayus, dan Seribu Satu Pecahan Jawapan Yang Akan Terpancar Keluar Daripada Otak Kita Yang Benak Ini.


>> Berperang dengan senjata adalah fardhu kifayah bagi siapa yang kuat, tetapi berperang dengan lidah adalah fardhu ain bagi tiap-tiap orang. Barangsiapa yang berhenti memerangi musuh besar, iaitu perdayaan syaitan dan kemungkaran dengan lidahnya, kerana takut akan dibenci orang, nescaya akan ditimpa oleh kehinaan, jatuh warna muka dan dayus, serupa seorang yang membiarkan isterinya diganggu orang di hadapan matanya sendiri!

Ketika khalifah Abu Jaafar al-Manshur, tunaikan ibadah haji dan singgah ke Madinah, ketika itu ada di Madinah 'Al-Imam Darul Hijrah', Malik bin Anas. Khalifah mengirim utusannya menjemput beliau datang menghadap. Beliau tidak mahu! Keluar dari mulutnya kalimat yang harus menjadi pedoman selama dunia terkembang bagi ulama agama seluruhnya.

"Ilmu didatangi, bukan mendatangi!"

Maka al-Manshur yang terpaksa mesti datang menghadap beliau, kerana yang akan keluar dari mulut beliau tidaklah dapat dinilai bagaimana lebih tingginya daripada pakaian yang dipakai oleh raja.

Persoalan:

Apa sudah jadi di zaman ini? Ulama pula terkejar-kejar ke sana ke mari. Bukan sahaja ulama, malah sekalian guru agama terkait sekali sehingga terbit iklan-iklan dalam majalah iklan mengajar mengaji, siap guru agama berlangkah dari rumah ke rumah mengajar mengaji kononnya demi mencari sesuap nasi, sedang yang diajari bukanlah cacat tangan dan kaki, cukup sifat serba-serbi, kadang ralat pula hendak berkata,

"Alangkah lucunya (negeri ini)".

Ya, lucunya (negeri ini). Lalu akhirnya apa terjadi? Ulama dan sekalian guru agama hanya berguna saat 'Emergency'. Bila?

1. Kala kematian (tukang mandikan, kafankan, solatkan, dan mengebumikan, siap lengkap doa agar dosa arwah diampunkan Tuhan)
2. Kala menikahkan (juru nikah)
3. Kala majlis keramaian (tukang tadah tangan berdoa kepada Tuhan mohon rahmat diberikan.)
4. Kala kerasukan (berbondong-bondonglah datang dari serata negeri beratur meminta air doa demi menghalau parasit berpunca dari bawaan sekalian jin-jin hutan rimba raya dan mergastua; lalu lahirlah bibit-bibit syirik dalam tak sedar beranak-pinak melarat-larat di dada umat.)

Noktah!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top