ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Za'ba Pendita Kita II - Dedikasi Buat Bangsa Yang Lupa Wira Mereka



~ Za'ba Pendita Kita II ~
Nukil : A. AnakAnakManja (A.A)

Za'ba bukan sekadar pendita kita
Semerbak harum akan namanya
Tak pernah lapuk dek hujan;
tak pernah lekang dek panas
hujah diberi segalanya berasas
pedas - kena tepat ke dahi mereka
mengena tepat ke dahi kita
kita, kita semua ...

Za'ba bukan sekadar pendita kita
bukan sekadar seorang GURU BAHASA
perlu diingatkan kembali anak bangsa
kepada insan yang pernah menabur jasa
kepada insan yang pernah
tidak dibayar gaji 5 tahun lamanya
kena tepat di dahi mereka
mengena tepat ke dahi kita
kita, kita semua ...

Za'ba bukan sekadar pendita kita
berjuang dengan darah dan air mata
menuntun bangsa agar berjalan
di atas jambatan emas - bukan
demi dirinya seorang - tidak seperti mereka
seperti kita yang telah hilang kekitaan
yang semakin nazak dan sakit berlanjutan
Demi wang dan kuasa mereka kibarkan
panji kebenaran dikambus bersama partisan
yang hanya tahu bertumpang budi;
mengenang ikhlas budi di celah kaki
yang berdaki.


++ Nota : Kepada mana-mana insan yang sengaja melupakan tokoh ilmuan ini, ternyata kalian memang tidak mahu sedarkan diri. Tiadalah aku membenarkan kata menurut 5 jariku sewaktu menulis hal yang di atas ini. Tetapi sememangnya tepat dan ianya wajar aku luahkan kerana memang benar kita ini "mengenang lkhlas budi di celah kaki yang berdaki.". Al-fatihah buat almarhum Za'ba. Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya. Amin ...

2 comments :

cemomoi said...

seblum heboh pasal belaiu, kerap juga baca balik semula paper seminar zaaba , cuma dok masih bertangguh aje nak kluo n3 pejuang bangsa ni..

Ampuan Awang said...

aduhai, sedih pula meriak rasa di hati berduka lara ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top