ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Za'ba Pendeta Kita - Dedikasi Buat Bangsa Yang Lupa Wira Mereka



~ Za'ba Pendeta Kita ~
Nukil: B. Budibangsa

Akibat tiada suka pantas membuang
Mengira tiada siapakah orangnya
Lantas ia saling terjang-menerjang
Kerana hilang sudah akan malunya.

Begini kata Za'ba, pendeta kita
Biar kupetik agar mata bisa membaca
Biar ia pahit wajar jua diulang bicara
Kerana semakin hari warga semakin lupa
Lupa tinggi langit, dan daratan adanya:
"Tiap-tiap seorang daripada orang-orang
sesuatu bangsa, dan tiap-tiap satu kumpulan
daripada mereka, yang masing-masingnya
bersama-sama oleh sebab kuatnya mereka
bergantung kepada diri sendiri; percaya
akan kebolehan sendiri, dan bekerja demi
kejayaan bangsa itu dan kemajuannya, bagi
kenaikan dan kemakmurannya."
Akibat sudah terlalu lama di puncak tinggi
Yang bernama turun sekian lama dilupai
Kali-berkali berulang-ulang tanya itu ini
Dijawabnya seiring kembang hidung tinggi
Yang bernama naik itu paling ia sukai
Kerana itulah yang dihajati selama ini
Benarlah kata Za'ba nan bijak bistari:
"Barang apa yang memberi manfaat kepada
dirinya atau kumpulannya, adalah memberi
manfaat kepada keseluruhan bangsanya,
dan barang apa yang memberi mudarat
kepada dirinya atau kumpulannya, tetaplah
memberi mudarat kepada tubuh bangsanya
itu sendiri."
Siapa besar kuasa, juga kepala
Hempaskan batu tetap tiada berasa
Za'ba pernah berkata panjang lebarnya
Namun malang kita tiada endah akannya
Membaca pun anak-anak kita tiada suka:
"Maka tidaklah ada perbezaan pada perkara ini
di antara pekerja yang kecil dan rendah dengan
raja yang besar menduduki istana dan singgahsana.
Bahkan, jika tidak ada orang kecil itu tentulah
tidak akan boleh ada raja dan orang besar,
dan jika kedua-duanya orang kecil dan orang besar
itu tidak ada, maka tidaklah boleh ada bangsa
dan negara."
Za'ba, bukan sekadar pendeta kita
Dialah sebenar-benar pejuang bangsa
Namun apa yang kini terjadi dengan kita
Hanya tahu mencampak dan membaling cuca
Za'ba membentang kata keramat
dan ianya ternyata berupa amanat
ditujukan istimewa buat bangsa nan hebat
bukan menjadi bangsa bacul alias keparat!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top