ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Turun Naik Union Jack - Dedikasi Buat TALIVISHEN


>> (Klik) Pada hari ini 30.8.1957, bendera Inggeris 'Union Jack' telah diturunkan di Padang Bandar Hilir, Melaka. Upacara penurunan bendera dilakukan tepat pada pukul 6.30 petang, iaitu lebih awal dari tempoh berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam. Upacara penurunan bendera itu berlangsung dalam suasana hening, disaksikan oleh Residen Commisioner Inggeris di Melaka, Encik H. G. Hammett, bersama-sama dengan beribu-ribu rakyat jelata. Penurunan bendera telah dilakukan oleh dua orang anak kapal dari kapal perang H. M. S. Saint Brides Bay, kemudiannya diserahkan kepada Residen Commisionar Inggeris, Encik Hammett. Penyerahan bendera "Union Jack" kepada En. Hammett itu melambangkan berakhirnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Pada malamnya pula, pekikan "merdeka" dilaungkan dari Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur, iaitu tempat berlangsungnya acara kemuncak, bagi menurunkan bendera Inggeris yang merupakan lambang kedaulatan Baginda Queen. Turunnya 'Union Jack' pada hari ini dalam tahun 1957, bermakna kibaran bendera itu tidak lagi menaungi negeri Melaka serta Tanah Melayu keseluruhannya. Maka Tanah Melayu adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta lepas bebas dari belenggu penjajah.
++ Sementara aku ingin menjawab akan penurunan itu dengan 'Turun Naik Union Jack' sebagai tanda ketidakberasasan dikata bebas dari belenggu penjajahan; sedang penjarahan masih tetap, dan terus-terusan berlaku.

~ Turun Naik Union Jack ~
Nukil: B. Budibangsa

TALIVISHEN melapor
dari gelombang rendah
terus ke telinga rakyat
bunyi kompang dipalu kuat
Union Jack diturunkan
masing-masing bertepuk tangan
penjajahan telah dinyahkan
apa penjarahan benar
telah berhenti?
Atau sekadar mengelupas
kulit berganti?

TALIVISHEN melapor
dari gelombang rendah
melenyapkan suara pejuang
hilang tak disebut-sebut
apatah lagi diingat-ingat

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top