ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Surah Kau Amal Bukan Kerana TuhanMu; Tetapi Demi Tujuan Peribadimu


~ Surah Yang Kau Pergunakan Demi Tujuan Peribadimu; Bukan Demi Tuhanmu ~


Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya
dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan
Yang tidak terlintas di hatinya.
dan (ingatlah),
sesiapa berserah diri
bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan
Segala perkara Yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar
dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

++ NOTA : Beramallah bukan demi kepentingan diri semata-mata. Berhentilah menampal-lekat akan ia pada dinding restoran, atau di mana-mana dengan beranggapan bahawa ia akan membawa tuah atau menjadi pelaris kepada perniagaan milik kita adanya.

3 comments :

syahir said...

xpaham, xpaham....bukankah ayat ini bagus utk menyedar kadar kekuatan dan usaha kita? ayat yg menyedarkan kekurangan kita. ayat seorang hamba. ayat menidakkan keberhasilan sesuatu tanpa izin dariNya.

bukanlah kerana ditampal di dinding maka rzeki akan mencurah2 masuk. ttpi utk memperingati kita akan siapa kita. kita adalah hamba. sgala sesuatu yg berlaku ada ketentuannya. supaya kita tidak bongkak jika berjaya, dan tidak menyalahkan manusia lain sekiranya gagal. kerana semuanya berjalan di atas paksinya. ini lah ketentuan. kita berusaha dan Allah menentukannya. :)

salam perkenalan.

Ampuan Awang said...

duhai sahabat,

bukankah kita diajar untuk mengambil keseluruhan isi al-Quran, bukan separuh-separuh atau sekerat-sekerat. adapun apa yang aku perkatakan lebih kepada pengalaman yang aku alami sendiri. kebanyakan peniaga yang aku jumpa memberikan jawapan "Bagus, ini ayat pelaris. Ramai orang datang,". apalah maksudnya tu? semua orang kata kita tak tahu niat orang lain yang berada di hati kecil itu tapi dari pelakuan perbuatan (mulut) berkata yang lain. macam mana tu, sahabat?

salam kenal dariku, sekian sama-sama kasih

yuza said...

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL, NI'MAL MAULA WA NI'MANNASHIR....
saya sefaham dengan ini bang..
Al-Quran adalah Wahyu yang dalam susunan sebuah kisah..tak bisalah kita mengamalkan sepotong sepotong ayat di dalamnya..Al-Quran sebuah pedoman dalam keseluruhan..salam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top