ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sumbangan Za'ba - Peringatan Buat Bangsa Yang Lupa



| Sumbangan Za'ba (Sebuah Peringatan Kepada Bangsa Yang Lupa)
  • Keistimewaan - berkebolehan penulisan yang menggabung semua aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik.
  • Penulisan yang berkaitan kemiskinan dan cara-cara meningkatkan taraf ekonomi dalam kalangan orang-orang Melayu
  • Gelaran sebagai peneroka tatabahasa Melayu.
  • Perancang kurikulum sekolah serta penulis buku teks yang digunakan di Tanah Melayu dan Sumatera semasa era Jepun.
  • Turut aktif dalam khidmat masyarakat - pernah dilantik sebagai Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937.
  • 1939 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor.
  • 1946-Jawatankuasa bagi Penggubal Rang Piagam UMNO di Kongres menentang pembentukan Malayan Union.
  • Atas sumbangan Za'ba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu,beliau telah menerima anugerah:
  1. Gelaran Pendita dalam bentuk songkok padad 1956 semasa diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru;
  2. Doktor Persuratan daripada UM pada 1959;
  3. Doktor Persuratan daripada UKM pada 1973
  4. Bintang Panglima Mangku Negara bergelar Datuk (kemudianTan Sri) oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agung pada 1962.
++ NOTA: Al-Fatihah buat arwah Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba), jasa beliau hanya Allah Ta'ala sahajalah yang mampu membalasnya. Semoga hal sumbangan arwah pendita kita ini tidak dilupa, dan seterusnya difahamkan segala nasihat dari risalah yang pernah dititip semasa hayatnya. Sekian...

2 comments :

cemomoi said...

berjiwa tekal,
tapi tak mau diakal-akal...

heran! dia mengasas tapi tak mau bersama dalam politik... kerana jiwanya tak sedia untuk bersilat seperti apa yang kini kita lihat

Ampuan Awang said...

dia tak mahu? arwahlah yang diakal-akal dek ahli politik kangkung yang takut jawatan jatuh ditimpa tangga

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top