ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Presiden PERKASA - Akai Ada 'TELOQ' Takdak!

++ Nota: Benarlah,ucapan yang baik datang dari insan yang berhati baik. Sementara yang ucapan yang buruk itu akan berlaku sebaliknya. Entah apa yang berlegar di benak beliau semasa menyampaikan ucapan ini agaknya? Hendak jihad apanya, bang Aji? Kan negara kita ini boleh tahan amannya? Apa lagi yang kurang? Apa lagi yang bang Aji hajatkan dalam dunia ini? Jawatan apa lagi yang belum pernah diisi? Sesuai amatlah bang Aji dapat dialog di bawah. Kasihan, bang Aji, nampak dah macam orang tak berpendirian, hilang akal - bak majnun!
"Astaghfirullah, bawak mengucap bang Aji. Kata nak pupuk muafakat antara kaum. Kata nak merealisasikan kata-kata PM. Apa ni bang Aji. Sedarlah bang Aji. Kita ni duduk Malaysia, bukan di Afghanistan, atau Rwanda. Damaikanlah, bukan pecahkanlah! Usah malukan Melayu lagi, bang Aji."
Ucapan beliau ini bisa menimbulkan ketegangan antara kaum, dan bisa sahaja disabit terus dalam AKTA HASUTAN! Silakan menangkap dia.




Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi, Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan  orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia, manakala Mexico mempunyai penganut Kristian yang paling ramai.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top