ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Osama Nan Auta - Taktik Licik Agenda Amerika!

++ Nota: Kalian suka berkhayal? Kalau suka bertepatan sangatlah ciri-ciri itu dengan presiden Amerika, Obama. Inilah masalahnya jikalau pemborak memegang tampuk pemerintahan negara. Betapa malangnya. Dunia kembali dikejutkan dengan kematian Bin Laden. Sejauhmanakah kebenarannya? Sebuah sajak istimewa aku titipkan buat sekalian para pembaca yang kerap memampirkan diri ke laman ini.


~ Osama Nan Auta ~
Nukil : OhsamoLahDen

Siapa sahaja bisa berkata
bahawa yang mati itu adalah Osama,
tidak mengiralah siapa pun termasuklah Obama,
bisa sahaja dia berkata Osama telah mati adanya,
digempur-bom sekalian mereka termasuk dirinya.

Siapa sahaja bisa berkata
bahawa yang mati itu adalah Osama,
terutama pada Obama - juga sekalian para pemberita,
bisa sahaja dia mereka khabar kematiannya,
diambil gambar dari album lama, lalu mereka edit semula.

Siapa sahaja bisa berkata
bahawa yang mati itu adalah Osama,
terutama bagi mereka yang membencinya,
bisa sahaja mereka menipu-tipu sekalian manusia,
malangnya itu tiada berguna selagi manusia mengguna akal mereka,
tahu mana satu benar, dan mana satu fakta nan auta!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top