ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Osama dan WTC di New York City

++ Nota: Sekalian manusia yang hidup di dunia tertipu lagi nampaknya. Bacalah 'Osama dan WTC di New York City' sebagai penyedap mata di petang hari.

~ Osama dan WTC di New York City ~
Nukil : ChekCityLincah

Kisah Osama ibarat ceritera pujangga lama,
disaji di khalayak nan riuh-rendah bunyinya,
di mana masing-masing kerap membetulkan labuh punggung,
menantikan penglipur lara habis modal di atas panggung.

Ada baik 9/11 dijadikan hujah utama,
disidang-mediakan di seluruh dunia,
dari hari ke minggu, bertukar dari minggu ke bulan,
dan bertukar dari bulan ke tahun lamanya,
hakikatnya? Ternyata kita tertipu dek mereka,
kerana yang menakhoda kapal telah dibeli hidup mereka,
demi anak bini di negara sendiri,
begitu juga dengan ahli lain yang turut sama membunuh diri,
alasannya sama,
demi anak bini di negara sendiri.

Ada baik lagi kita ungkit kisah teknologi,
pengakuan dibuat menjulang ke langit tinggi,
tetapi malang bagaimana pula benteng mudah ditembusi,
terbangnya kapal, radar tidak mampu mengecam besi,
pantas merempuh bangunan tinggi WTC,
bukan sebiji; tetapi dua buah hentam berganti.
Boooom!!! Bingit bunyi kedengaran jauh serata New York City,
sekalian umat manusia lari berlari sambil menunjuk jari,
ditunjuk-tudinglah ke tengah tubuh bangunan nan tinggi
menanti rebah menyembah bumi!
Boooom!!! Keadaan semakin kalut kerana ramai yang terkejut,
berbunyi lagi letupan di bawah tanah menambahkan takut,
bergegar bumi - turut menggegar kepala lutut - kecut perut.

Baiklah mari kita belajar berkira-kira,
andai dirempuh bangunan bermula
dari tengah, ke mana hala tumbangnya?
Bagaimana pula dengan ledakan kuat di bawah bumi?
Apakah makna di sebalik nama Ground Zero itu diberi?
Adakah selama ini seluruh dunia tertipu dek halusinasi?
Sekalian umat manusia sebenarnya dimanipulasi,
dan dimanipulagi
kali berkali??

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top