ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Buku Lama: Perjudian oleh S. Othman Kelantan

++ Dunia Buku Lama

Judul Buku : Perjudian
Pengarang : S. Othman Kelantan
Tahun terbit : 1973
Pencetak : DBP
Harga dahulu : $4.00

>> sebuah novel yang berkisah tentang segolongan petani yang kelaparan tanah lalu "memperjudi" nasib untuk terus dapat menduduki sebidang tanah kerajaan. Mereka bukan sahaja mendapat gangguan dari binatang liar, malah terpaksa berhadapan dengan tindakan kerajaan yang mahu menghalau mereka dari ladang yang telah dihijaui dek tanam-tanaman. Perjalanan cerita ini seakan menyamai novel 'Pulang', hasil karya Toha Mohtar. Namun gaya penceritaannya sahaja yang agak sedikit beda.

Antara petikan ayat yang menarik perhatian.
"Hidup ini persis meniti di atas buih dari lautan kehidupan yang bergelombang. Perlu pengorbanan. Perlu kesetiaan. Perlu kesabaran seperti pokok. Dan hidup ini: jatuh - bangun. Pengorbanan itu: kemanusiaan. Kesetiaan itu: laki-laki sejati. Kesabaran itu: kejayaan."
Dan ayat yang seiring nadanya dengan novel 'Pulang'.
"Hidup tanpa tanah, bagi Pak Mat, hidup yang kosong seperti ruang angkasa. Begitulah."

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top