ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dendang Wang - Dedikasi Buat Pak Lebai Malang



~ Dendang Wang ~
Nukil : A. DingDangDung

Usah berdendang bagai si Lebai malang
Melayang-layang bagai terputus tali layang
Ke mudik mana ke hulu hilir ia berdendang
Dendang didodoi bernama Dendang Wang.

Cuba kau lihat kunang-kunang terbang malam
Terang cahaya saat matari bulan mulai berbalam
Kunang-kunang kelip-kelip terbang malam
Kelimpanan mata kala menatap gading nan tajam

Pesan orang tua dengar-dengarkan
Pesan orang tua renung-renungkan
"Ke laut meracik ikan, tersenyum siput;
Ke hutan memancing punai, tertawa badak."
Gendang-gendanglah genderang perang
Perang bersuhu dingin di kulit kerang
Dendang-dendanglah si Dendang Wang
Aur serumpun disisih dikasih pula pinang sebatang

Al-kisah perkenan empunya ceritera dendang
Dendang wang bernyanyi gilang-gemilang
Mencerlang indah bagai purnama mengambang
Usah biar hati direnggut gelisah bimbang
Ini perlambangan kisah nan walang
Bagai ia diluah matilah emak
Ditelan khuatir pula terbunuh bapak.

1 comments :

Anak Bumi said...

merajuk nampaknya sahabatku awang..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top