ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bahtera Suram Malam



~ Bahtera Suram Malam ~
Nukil : A. Bahtera

Berlayarlah
Bahtera suram malam.
Di tengah dadamu ada luka,
Di hujung kepalamu ada duka,
Di hujung kakimu penuh ribuan duri,
Di puncak menara-kawalmu dihiasi
temali-tali nan rapuh membelit-melilit tubuh.
Kian malap sejarahmu
Oh, bahtera suram malam,
pelayaranmu berliku-ranjau,
telah lama kaumenangis,
airmatamu telahpun habis,
tiada mampu kaucurah lagi
melainkan sekadar mampu mencuca-benci,
namun nasibmu tiada berubah sama sekali
kauhanyalah bahtera
malang kau bukan nakhoda,
Dan darinyalah kau berubah hala
ke destinasi di mana kausuka
atau tiada suka - antara kaurela terpaksa
akurlah kau andai itu mahunya dia.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top