ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Surat Gaddafi Buat Obama

++ Nota: Hanya kerana minyak, bukan kerana Gaddafi. Kalaupun kerana Gaddafi, ia sekadar penghalang terbatasnya kuasa untuk mendapatkan sumber minyak. Gaddafi tersepit. Al-Fatihah. Semoga Gaddafi dipeliharakan Allah hendaknya.

~ Surat Gaddafi Buat Obama ~
Nukil : E. Gedapi

Apa kaurayu Gaddafi
pada Obama yang dahaga
pada telaga minyak
negaramu itu.

Apa kaurayu Gaddafi
pada Obama yang kemaruk
mahu menghapuskanmu
seperti mereka
yang dahulu itu.

Apa kaurayu Gaddafi
gerombolan sesayap besi
'kan berterbang 'tak henti-henti
di ruang udaramu
di darat juga begitu.

Apa kaurayu Gaddafi
Nato itu ibarat budak suruhan
bertindak sebagai agen pembersihan
bukan sahaja kau hendak dihapuskan
rakyatmu juga 'kan dimusnahkan.

Apa kaurayu Gaddafi
dalam suratmu nan penuh
silap ejaan, juga tatabahasa itu
kaumulakan kata-katamu:

"Anak kami yang disayangi,
yang dihormati, Baraka Hussein
Abu Oumama ... Anda adalah
orang yang mempunyai
keberanian yang cukupnya untuk membatalkan tindakan
yang silap,"

Apa kaurayu Gaddafi?
Selagi kau 'tak mati,
ke lubang cacing kau dicari,
bukan kerana kau sebenarnya
tetapi kerana sumur minyakmu
yang banyak - berbondonglah
mereka datang melanyak
kau bertahan - kaubijak
kau menyerah - kau dipijak!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top