ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sabah Jadi Tuan Rumah Festival Silat Nusantara 2011 15 - 19 Mei

++ Nota: Negara Jerman dan Poland juga mahu mengambil tempat berpentjak silat dalam festival silat nusantara yang akan diadakan di Tawau bermula dari 15 hingga 19 Mei tahun ini. Bukan negara ini sahaja yang berminat menyertai festival, malah negara Belanda acap kali menghantar penyertaan. Barat beralih arah memandang negara Timur sebagai lubuk kesenian untuk disarung menjadi pakaian diri. Malangnya yang berada di Timur bertindak mematahkan jarum kompas lalu menghalakannya ke Barat, dan sedikit lencong bersinggah ke negara matahari terbit. Barat semakin girang berpentjak, sementara kita sekadar berbangga orang Barat datang melancong menaikkan rating pelancongan negara sahaja.


Tawau Julung Kali Jadi Tuan Rumah Festival Silat Bernama?

TAWAU, 14 April (Bernama) -- Tawau buat julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 yang berlangsung dari 15 hingga 19 Mei ini.

Pengarah acara Zaid Abd Hamid berkata festival itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 700 pesilat bukan sahaja dari Asia Tenggara, tetapi juga dari beberapa negara Eropah seperti Jerman dan Poland.

Beliau berkata festival itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Silat Olahraga dan Silat Seni, dan sebagai persediaan pihak penganjur akan memberi kursus jangka pendek kepada anggota jawatankuasanya bagi mendedahkan mereka kepada protokol dan pengurusan acara.

"Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau dan Kerajaan Negeri Sabah," kata Zaid yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Tawau kepada Bernama di sini Khamis.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dijangka merasmikan festival yang julung kalinya diadakan di Borneo itu, manakala majlis penutupannya akan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Muhd Ali Rustam.

Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ismail Mayakob pula yakin festival itu akan memberi impak besar kepada sosio-ekonomi masyarakat Tawau selain menjadikan daerah itu sebagai hub silat di Sabah.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top