ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Rasuah Adalah Najis - Tergamakkah Kalian Memakan Najis

++ Nota: Pernahkah kalian di luar sana diberikan hadiah secara tiba-tiba daripada orang yang langsung tidak dikenali tanpa mengetahui untuk apa hadiah itu diberikan kepada kalian? Disebabkan terlampau banyak istilah baharu yang diguna pakai mengaburi istilah asal akan rasuah itu, adalah baik ia diringkaskan sahaja. Begini, yang bernama rasuah atau korupsi itu secara harfiah kita akan kata ia sebagai suatu keburukan, ketidakjujuran, mudah disuguh benda atau makan suap, kebejatan. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Salah satu dari samaran baharu kepada rasuah sekarang ini ialah HADIAH.

Kalian bekerja di mana? Soalan ini wajar ditanya kembali kepada kalian. Sekirannya saudara bekerja di jabatan pendaftaran negara, tambah lagi saudara berjawatan yang tinggi. Pasti saudara akan didatangi beberapa individu bersama barang yang dikatakan sebagai hadiah. Bukan itu berkepentingan namanya? Pelik bukan (tak pelik pun), mengapa mereka (si tukang suap) tidak merujuk hal jabatan pendaftaran itu kepada si tukang potong rumput? Kerana si tukang potong rumput tidak tahu, lagipun bukan bidangnya, dan si tukang potong rumput tidak mendatangkan apa-apa kebaikan bagi memenuhi permintaan mereka. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya kita tidak punya sebarang kepentingan di dalam sesebuah jabatan, jangan harap kita akan dipandang orang. Tetapi sekiranya ada, berkerumunbondonglah mereka datang membawakan HADIAH segala macam. Rasuah adalah haram. Orang Islam tahu akan hukum haram pada babi, malangnya rasuah tetap mereka telan rupanya tak salah seperti memakan babi yang haram. Terimalah 'Rasuah Adalah Najis' istimewa buat mereka yang tergamak memakan suapan.

~ Rasuah Adalah Najis ~

Rasuah adalah najis,
najis ada warna, rasa, dan bau,
tak hilang warna, rasa, dan bau,
bermakna hidung masih bisa terhidu.

Tuhan memberikan ganjaran,
dikurniakan mereka neraka idaman,
silih hari berganti minggu khutbah diperdengarkan,
diberitahukan jangan ambil sebarang imbuhan,
waima ia buah-buahan,
atau teh tarik kedai mamak segelas secawan,
kalau dah najis sanggup dimakan,
BABI pun pasti tergamak kautelan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top