ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi, Yeah!

Apr 1, 11 8:32pm
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.
NONE

## Tambahan: Bersama berita ini aku temukan komen yang menarik dari insan bernama Harapan Rakyat berbunyi:

Inilah hasrat kerajaan Malaysia sejak perkenal RON95! Melambungkan harga minyak milik rakyat yg sebenar - RON97!

Harga baru untuk RON97 ialah RM2.80, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah. Harga ini melebihi rekod kerajaan Paklah ketika menaikkan harga minyak sebanyak 78sen pada tanggal 5 Jun 2008, meletakkan harga tertinggi ketika itu ialah RM2.70 per liter.

Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti!

Apa bangsat sangat ke rakyat Malaysia nie?

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top