ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Perginya Si Bunga Kebangsaan

++ Nota: Bunga Raya bunga kebangsaan? Sejauhmana kebenarannya???

~ Perginya Si Bunga Kebangsaan ~
Nukil: S. DemamBunga

Apalah nasibmu
Oh, bunga raya,
Kau mekar tak layu,
Kau gah bak namamu,
Tetapi itu cerita dahulu,
Cerita lama yang telah dilupa,
Kini kau hanya tinggal sekadar nama,
Kerana yang mewarni laman jabatan... bukan kau!
Bukan dari kalangan kau!

Apalah nasibmu
Oh, bunga raya,
Kini kau sekadar diperaga di hari merdeka,
Di hari memperingati negara yang konon bebas dari penjajahan,
Namun malangnya masih belum bebas dari penjarahan fikiran,
Tidak mengapa, duhai bunga raya,
Bersemadilah dengan rela,
Kutaburi dirimu bersama sesejuk warna temanmu,
Yang putih suci di atas pusaramu.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top