ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Not RM2 Idaman Si Mak Cik Tua

++ Nota: Negara kita kaya? Merdeka? Buktinya?

~ Not RM2 Idaman Si Mak Cik Tua ~

Apa rasa hati apabila duduk selesa dalam negara merdeka? Anda selesa? Atau mungkin bangga? Kalau selesa, di mana keselesaannya? Dan kalau bangga, di mana kebanggaannya? Puluhan tahun bebas dari dijajah, perlu ditanya kembali, adakah benar kita bebas dari penjajah? Negara merdeka rata-ratanya datang dari negara yang kaya sumber buminya, namun marganya?

Seorang mak cik menjelajah dari meja ke meja mencari 'dana' harian buat dirinya. Jelajah jauhnya berhenti di meja tempatku duduk, tepat berada di hadapanku.

"Mintak sedekah, nak. RM2," tanyanya tanpa rasa bersalah apatah lagi mahu malu.

Lama aku pandang mak cik ini dari hujung rambut sampai ke hujung kakinya. Sempurna. Tidak terencat, atau cacat!

"Mak cik bisnes?" tanyaku sambil menghulurkan not RM1, menurut ikhlasku.

Si mak cik masih lagi tegak berdiri di hadapanku. Langsung tak mahu berganjak. RM1 tak cukup, mungkin dia menanti sekeping RM1 bagi menyenangkan dirinya. Beberapa minit kemudian, si makcik berlalu dengan lenggang. Mulutnya terkumat-kamit. Wajahnya, masam! Dia marah akukah? Tetapi bila jelajah sedekahnya berhenti di meja di sebelahku, di sana lebar senyumannya.

"Dapat RM2 tepatlah tu," bisik hatiku tanpa geram bergaram.

Negara merdeka, negara yang kaya sumber aslinya, tetapi rakyatnya?

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top