ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mimpi Dhab - Egyptian Mastigure


++ Nota: Para cerdikiawan negara hampir setiap hari mengusul cerita, kisah, dan segala bahan untuk disuguhmasuk ke dalam minda mereka yang berkuasa. Namun apa terjadi? Mereka tetap berkelakuan tak ubah seperti mahu kembali ke belakang zaman. Menjadi seperti biawak pasti lebih senang dan tidak terlalu jengkel untuk diberikan. Mereka tidak mahu mencontohi Dhab, si biawak pasir tanah Arab yang bukan dari spesis pemaging yang melahap daging seperti biawak, sementara lidah Dhab tidak pula seperti bawak yang bercabang. Menarik sangatkah menjadi biawak? Jadilah apa pun, ketidakpercayaan orang akan naik melambung sebelum kalian terjelapok jatuh dari atas kerusi di mana kalian duduk ketika ini.



~ Mimpi Dhab - Egyptian Mastigure ~
Nukil: Si Dhab

Dhab bukan pemaging
seperti biawak
dan lidah Dhab
tak sama
seperti biawak

Dalam ORDE po... li... tik
tidak ramai ingin mencontohi Dhab;
ramai yang lahir suka mewarisi fiil biawak

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top