ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mim Mati III - Tidak seperti genetik 'Cha' dan 'Kaf'

++ Nota: Ibarat orang kehabisan modal segala benda yang terlihat di hadapan mata hendak dijual. Ini tabiat 'Mim' yang mungkin berbeza dengan gen 'C' dan 'K'. 'Mim' sanggup bertegang urat sesama mereka. 'Mim' suka berperang sesama mereka, di mana pembunuhan berlaku secara terancang. Waima tak berdarah perangnya, namun tetap jua ramai yang mati akibat tikaman saudara-maranya sendiri. 'Mim Mati III' bermula...

~ Mim Mati III ~
Nukil: Si Mim

Aduh, Mim
kasih bangsamu
peri bangsamu
cinta bangsamu
tak kunjung mekar
malah makin semakin layu
kaubukan bunga yang perlukan baja
kaujuga bukan apa-apa
namun kepada bangsa
keutetap ada dan bernyawa
tanpamu Mim
tiada guna Tuah berkata
takkan hilang kau di dunia

## A.A

3 comments :

aslinahali said...

Mim....layu sebelum Mim Alif Ta Ya......Mim Alif Lam Wau, aku........

Ampuan Awang said...

apa lagi yang mampu kita buat, orang kita bertabiat...

cemomoi said...

mim = mendarah-daging, sebati dengan yang serakah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top