ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mim Mati - Berbunuhan Sesama Sendiri

++ Nota: Si Mim tidak mahu berkias-kias tetapi sekadar mahu melempias kata-kata buat mereka yang bersaudara, terlupa akan tetangga mereka. Si Mim tidak mengharapkan apa-apa, harapan dirinya hanya satu; melihat sekalian bangsanya bersatu, bukannya saling bertikam berebutkan kerusi kekuasaan yang akan ditinggalkan. Si Mim tidak bermimpi, situasi ini sedang berlaku kini. Aku membenarkan kata-katanya di dalam hati. Mim Mati bermula...


~ Mim Mati ~
Nukil: Si Mim

Mimpi Mim semakin ngeri
Lam Alifnya tersisih ke tepi
sedang Yanya mahu mengundurkan diri
sementara Waunya pula mahu bersendiri
langsung tiada mahu menyatu diri
apatah lagi mahu bangkit
dari kecamukan ekspresi
pantas menuding jari
tepat menunjal dahi
saudaranya sendiri
malah ada
di antara
mereka
bangga menikam
saudara sampai mati!

##A.A

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top