ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kepada PM: Kembalilah memertabatkan bahasa Melayu



~ Bila Nippon Jin berbahasa Melayu; Marai Jin tidak pula begitu ~

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mr. Masahiko Horie yang mewakili Kerajaan Jepun dan rakyatnya hadir untuk menerima barangan sumbangan dari YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa yang menariknya? Kesungguhan beliau untuk memberikan ucapan di dalam Bahasa Melayu. Apa yang pastinya, setiap pertuturan beliau itu difahami (fasih) oleh semua hadirin yang terpegun dengan kemahiran yang dimiliki oleh beliau.

++ Nota: Apa kata aku? Ceh, 'Bikin Malu' bangsa saja! Orang luar sibuk berbahasa kita; kita sibuk mempopularkan bahasa entah apa-apa. Err, ada sesiapa yang bisa menyampaikan salamku yang berstatus orang kelas bawahan ini kepada Perdana Menteri kita yang besar matabatnya itu? Kalau ada, katakan padanya,

"Sayangi dan kembalilah memertabatkan bahasa Melayu..."

2 comments :

cemomoi said...

dia cuma cakap melayu bila nak berucap kat dbp je kot

Ampuan Awang said...

Pak Jib memang begini. barangkali kalau dbp yang anjur baharulah dia berucap melayu molek. ceh, goli den

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top