ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

GOLF: Sukan yang diharamkan di Korea Selatan

++ Nota : Alangkah menariknya cerita ini. Sila baca dan fahamilah dengan teliti. Adapun kisahnya aku petik dari buku A. Kadir Jasin iaitu Membangun Bangsa Dengan Mata Pena. Apakah yang menarik hati sebenarnya? GOLF. Ya, tentang sukan berprofil tinggi bernama GOLF.

"Kisah ini berlaku di Korea Selatan. Ceritanya tentang pemecatan seorang ketua polis dari Wilayah Kwangon, bernama Chung Dong Soo kerana bermain golf dengan bekas Presiden Korea Selatan, Chun Doo-Hwan, yang sedang menghadapi tindakan mahkamah kerana beberapa kesalahan yang dilakukan di bawah pemerintahan autoritatariannya.

Menurut laporan tersebut, bermain golf oleh pegawai kerajaan diharamkan oleh Presiden Kim Young-Sum yang menganggap golf sebagai kegiatan masa lapang yang mewah dan telah mengehadakan pembinaan padang golf.

Kim telah memasukkan golf dalam gerakan antirasuahnya. Sejak itu, beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah dipecat dan akaun bank mereka diperiksa kerana bermain golf.

Mungkin Badan Pencegah Rasuah kita harus memasang kaki mereka di padang-padang golf untuk memperhatikan siapa yang bermain dengan siapa dan jumlah wang pertaruhan yang terlibat.

Saya diberitahu bahawa kegilaan terhadap golf telah melanda pegawai-pegawai rendah kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Sebagai akibatnya, banyak yang meninggalkan pejabat sebelum habis waktu pejabat untuk beramah mesra dengan ahli-ahli perniagaan."


* Dewan Budaya, Oktober 1995


P/s: Adakah kalian merupakan salah seorang dari penggemar sukan GOLF? Haramkah permainan ini di negara kita? Dimainkan dek orang bawahan atau atasan kita? Dari golongan manakah yang menjadi pendamba GOLF? Lawatlah blog Pak Kadir di http://kadirjasin.blogspot.com

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top