ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bahasa Malaysia TIDAK SAH Di Sisi Perlembagaan Negara

>> Nota : Bahasa Malaysia TIDAK SAH diguna pakai, dan ia melanggar Artikel 152 Perlembagaan Negara. Namun apa menyedihkan setelah membelek kembali sebuah buku bertajuk Undang-undang AM Malaysia lain pula jadinya (lihat gambar di atas). Bahasa Melayu dikhianati? Ikuti sembang ringkas bersama rakan-rakan facebook bersama tetamu khas bapak Kembara Bahasa (Prof. Awang Sariyan) sebagai tokoh bahasa di negara kita.

Ara Aranam Jikalau pengguguran perkataan dalam naskah hangat itu boleh dibuat, mengembalikan semula 'bahasa Melayu' ke dalam naskah ini lebih mudah, saya kira. (Keliru, kecut, dan takut sudah wujud sejak zaman kita lagi. Buktinya, inilah. Anak-anak kita bagaimana pula?)
Yesterday at 12:29pm · · 1 person


  • Ampuan Awang mudah-mudahan masih ada lagi edisi yang lama di rumah
    Yesterday at 12:31pm ·




  • Arif Atan AA: Buku mana tu?
    Yesterday at 1:06pm ·




  • Ampuan Awang Buku Undang-undang jilid 1 tahun 2005
    Yesterday at 1:07pm ·




  • Jamal Ali Oh, menggerunkan, bila masa ia ditukar?
    Yesterday at 1:30pm ·




  • Mustika Fansuri ‎"Bahasa Malaysia DA?" hehe.. nampaknya impak "Bahasa Malaysia" sangat ketara sampaikan perkataan DAN dalam perlembagaan pun sudah bertukar menjadi DA dalam sekelip mata.
    Yesterday at 1:32pm · · 2 peopleLoading...




  • Jamal Ali Ini barangkali buku versi cetak rompak :)
    Yesterday at 1:34pm ·




  • Ampuan Awang sebentar, nanti ditunjuk bukunya
    Yesterday at 1:37pm · · 1 person




  • Kembara Bahasa Hanya teks Perlembagaan yang diterbitkan oleh Jabatan Percetakan Negara sahaja yang merupakan teks sahih. Buku Perlembagaan yang dicetak oleh pencetak-pencetak lain bukan teks yang sahih. Setakat yang saya ketahui, dalam Perlembagaan yang sahih, istilahnya masih tetap "Bahasa Melayu". Kalau sudah dirobah juga dalam teks yang sahih, ertinya telah berlaku pengkhianatan besar.
    23 hours ago · · 3 people




  • Kembara Bahasa Pindaan Perlembagaan hanya boleh dilakukan oleh Parlimen, bukan oleh mana-mana penerbit/pencetak.
    23 hours ago · · 2 people




  • Ampuan Awang prof, gambar sudah ditagkan.
    23 hours ago ·




  • Ummu Syaifa' saya rasa naskhah ini sengaja menjatuhkan tatabahasa melayu...
    cuba baca dr atas sampai bwh naskhah ini...
    tidak difahami apa maksud yg disampaikan...
    jgn jadi perosak bahasa kita...
    amzb

    21 hours ago ·




  • Kembara Bahasa AA: Gambar di atas saya yakin bukan daripada teks Perlembagaan yang sahih kerana Parlimen tidak pernah meminda nama "Bahasa Melayu' menjadi 'Bahasa Malaysia'. Memang banyak pencetak,seperti kedai buku di Jalan Tuanku Abd. Rahman yang mencetak Perlembagaan dan dokuman undang-undang lain, tetapi semua itu bukan teks yang sahih.
    21 hours ago ·




  • Ampuan Awang Prof, kenyataan ini dipetik dari buku undang-undang am malaysia jilid 1 terbitan tahun 2005, diterbitkan oleh international law service
    20 hours ago ·




  • Mohd Tar A seingat saya, Istilah Bahasa Malaysia pernah digunakan untuk subjek BM. Tapi tidak ingat thn berapa. Kemudian.. istilah Bahasa Malaysia ditukar semula ke Bahasa Melayu. Tapi singkatan ttp subjek BM :)
    20 hours ago ·




  • Ampuan Awang MTA, iya tapi bila masa ia digubal?
    20 hours ago ·




  • Kembara Bahasa
    AA: Setakat yang saya ketahui, pihak yang berwibawa dan diberi amanah mencetak dokumen rasmi negara, terutama Perlembagaan dan Akta ialah Jabatan Percetakan Kerajaan (namanya telah berubah tetapi saya tidak ingat nama barunya). Yang lain da...ripada itu merupakan penerbit/pencetak yang membuat salinan. Apa pun, yang saya pasti, apa-apa pindaan terhadap Perlembagaan dan Akta mesti melalui Parlimen, tidak semudah mengubah huruf pada percetakan, seperti yang dilakukan oleh pencetak-pencetak itu. Maka kita hendaklah berpegang pada teks sahih yang diluluskan oleh Parlimen.

    20 hours ago ·




  • Ampuan Awang prof, ia di luar pengetahuan saya. Apa yang saya maklum hanya satu, bahawa buku inilah yang diguna pakai di mana2 jabatan kerajaan kini.

    Prof, kalau bijakiawan seperti prof sendiri pun mereka tak pandang, kami nan cacai ini apatah lagi.

    19 hours ago · · 1 person




  • Suhana Lina Sarkawi saya rasa istilah ini dah 4 kali tukar, seingat saya dalam lingkungan 1988, 2008 yang saya ingat.
    19 hours ago ·




  • Kembara Bahasa
    SLS: Penukaran istilah itu dua atau tiga kali sebagai judul buku atau nama mata pelajaran tetap tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Hal itu hanya gambaran betapa eksekutif (pihak pentadbiran negara) tidak menghormati undang-undang n...egara. Sama juga kesnya dengan PPSMI yang menyalahi Akta Pendidikan. Sewajarnya pihak yang berkuasa (diberi kuasa) menggunakan kuasa dengan amanah, tidak menurut nafsu dan perasaan sendiri.

    19 hours ago · · 3 people




  • Kembara Bahasa
    AA: Saya telah berkali-kali menyebut hal itu, termasuk semasa saya menjadi Pengarah Jabatan Bahasa DBP dalam mesyuarat dan ceramah. Yang sebenarnya tidak dihormati oleh pihak-pihak berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan yang difahami oleh... mereka juga sebagai undang-undang tertinggi negara. Jika Perlembagaan pun tidak dihormati, apatah ertinya Rukun Negara yang salah satu prinsipnya "Keluhuran Perlembagaan". Sama-samalah kita memberikan pemahaman yang betul kepada seluas khalayak yang mungkin; soal mereka hendak menghormati Perlembagaan atau tidak di luar upaya kita. Sekurang-kurangnya tanggungjawab kita memberikan penjelasan telah kita lunaskan.

    19 hours ago · · 2 people




  • Ampuan Awang prof, kerana wang, ada yang sanggup menjual diri. kalau diri pun sanggup dijual, apatah lagi bahasa, agamanya pun sanggup dipajakgadaikan.
    19 hours ago · · 1 person




  • Ampuan Awang terima kasih, prof. Segala butiran dalam topik ini akan saya ulang kembali dalam blook.
    19 hours ago · · 1 person




  • Mohd Isa Abd Razak Saya ikuti perbincangan ini. Pautan perbincangan ini sudah dicatatkan dalam nota di sini: http://www.facebook.com/note.php?saved&&note_id=10150555885900089
  • 0 comments :

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
          faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top