ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Anak Ikan masuk penjara?

++ Nota: Yang terkedapatan menerima suapan RM2,000, insya-Allah akan merengkokkan diri di dalam penjara selama 3 tahun; yang berjuta-juta masih lagi lenang senang di luar sana? Eh... Anak ikan?

ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara Malaysia Kini

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Bagaimanapun, Hakim Amran Jantan membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.
NONEMustafa, 53, didakwa menerima suapan RM2,000 daripada M Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan berkaitan projek pasir di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini pada 5 petang, 31 Ogos 2008.

ADUN BN itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.

Mustafa yang berpakaian kemas kelihatan sugul ketika hakim menjatuhi hukuman itu dalam mahkamah yang dipenuhi oleh kaum keluarga tertuduh dan pengadu kes itu, Manimaran yang turut.

Terdahulu, Amran menolak rayuan peguam bela tertuduh yang meminta supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan melalui jaminan bon dan syarat berkelakuan baik.

NONE"Faktor utama dalam kes ini ialah kepentingan awam. Kesalahan ini sangat serius kerana ia dilakukan oleh orang yang berjawatan. Tidak wajar Orang Kena Tuduh (OKT) dilepaskan kerana kalau lepas, ia memberi gambaran mahkamah tidak serius," katanya.

Pada 3 Nov tahun lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan tertuduh membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Rayuan itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan selepas tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban atas semua pertuduhan pada 14 April tahun lalu tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

NONEPada 4 Mac lalu, Amran memutuskan Mustafa didapati bersalah atas satu tuduhan rasuah iaitu menerima RM2,000 daripada Manimaran dan membebaskannya dari dua lagi pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,000 daripada pengadu melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008.

Tertuduh juga bebas dari dakwaan meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada ontraktor yang sama di pejabat SPRM negeri di Jalan Datuk Klana Ma'amor di Seremban pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuan alaysia (SPRM) negeri, Feza Fazlin Fandi sementara Mustafa diwakili peguam eisal Mustapha dan Datuk Taqiyuddin Yahya.

Tiada p'raya kecil
Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.

Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

P/S: Komentar menarik di bawah berita ini datang dari pada Bumiputera Berjaya, saja aku tampal di sini

Apa yang pasti tiada PRK diadakan...kes ADUN ini akan tamat hanya keperingkat Mahkamah Rayuan saja memandangkan kes awalnya dibicarakan di Mahkamah Seksyen... boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan sekiranya perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi...perlembagaan negara kita boleh membuat rayuan oleh kedua belah peringkat setakat dua peringkat...itu persoalan kedua.. persoalan pokoknya kes ini akan memakan masa.. saya ramalkan selepas PRU 13 pun belum selesai lagi...ketika itu rakyat sudah mula lupa...kesian pada ADUN yg belum sepenggal menjadi ADUN.. kena cekup pasal RM2,000... jadilah mcm pemimpin-pemimpin MCA.. tipu PM sampai berbillion ringgit tetapi dihukum dengan pertuduhan yang amat ringan.. pertuduhan buat syarat alah-alah kadar saja.. yg bijaknya pemimimpin-pemimpin Cina MCA bodohkan pemimpin-pemimpin Melayu Umno..lagi bodoh penyokong, ahli-ahli dan pendokong-pendokong Umno...menyokong membabi buta tanpa menggunakan akal dan otak kurniaan Allah SWT..

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top