ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

1/2 PROLOG: Andai Dia Jodohku

Nukil : CheChenta

Kasih Ain belum pernah tumpah dicurah pada mana-mana jejaka sewaktunya di kolej. Pengajian ijazah tinggi di mercu menara gading itu dicapai tanpa dorongan kekasih melainkan dorongan dari keluarga dan teman terdekatnya. Ain, si gadis sunyi dalam episod hidupnya tanpa jejaka yang layak digelar kekasih. Empat tahun hidup dalam suasana kampus diisi dengan corak kehidupan pengajian yang sebenar. Belajar dan terus belajar. Masa luang terisi bersama buku-buku di sisi membuatkan Ain dilabel bagai ulat. Ulat buku.

"Salahkah aku memanjai diri dengan buku. Ini sajalah temanku -- biarlah aku melayani kehendak buku dari terus bermimpi tentang sesuatu yang belum pasti 'kan terjadi. Kasihku? Ah, 'kan kutumpah jua suatu hari nanti," monolog Ain sendirian.

"Hei, mak cik! Tengah berangankah?"

"Jumpa sumur kasihlah tu 'kan? Ewah ewah...," Jane menyapa tubuh Ain membuatkan Ain terkejut bukan kepalang, dadanya mulai berombak kencang.

"Eeeeei, kau 'kan Jane."

"Boleh tak kau hentikan tabiat kau menyergah aku ni. Kau nak aku mati cepat ya!"

"Kau marah aku, Ain. Sampai hatimu...," pantas Jane menunduk, dia diam, buat muka setengah sen.

"Haaa, macamlah aku kenal kau sehari dua, Jane. Baru kau tahu...," gema tawa berkumandang. Jane maklum sangat perangai Ain; begitu juga Ain memahami dirinya.

Jane, teman rapat Ain. Mereka akrab. Kerap berkepit bersama ke hulu ke hilir. Ibarat belangkas. Pernah suatu ketika kedua mereka diserang gosip liar di kampus. Lesbian. Namun serangan liar itu tak kekal lama, kebenaran serlah jua. Ain dan Jane normal. Mereka juga pencinta, tetapi hakikatnya masih samar kerana tidak mengetahui kepada siapa harus diberi cinta itu.


------- PROLOG 1/2 END -------

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top