ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Usman Awang: Sajak Keranda 152

 

++ Nota: Sajak yang di'haram'kan ini menjadi saksi, dan bukti kebenaran yang ditonjolkannya. Dengan lantang arwah Usman Awang (Dr) bersama bunga bahasa yang cukup indah, penuh semangat. Aku bagaimana? Apa sumbanganku 'tuk bahasa Melayu? Rasanya ada, baru semalam aku paparkan di laman sosial facebook. Jadilah penyumbang yang baik 'tuk tatapan anak bangsa. Bacalah sekali sajak 'Keranda 152', bukalah minda dan teruskan menulis selagi hayat kalian ada, aku ini sekadar menjadi pencetus semangat. Itu sahaja. Aku tak pandai dalam bab tulis menulis, orang universiti sahaja yang harus terus berjalan ke hadapan; biarlah aku mengekori kalian dari belakang jalan. Sekian...

Kuncup Seri Bahasa Melayu

Kembang kuncup seroja bunga,
Hilang serinya di tengahari;
Indah bahasa yang kita guna,
Hilang bogel habis ditelanjangi.

Ampuan Awang (2011)
 
KERANDA 152

Anak Melayu
panas dadamu membakar baju
kita arak keranda 152
ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
namamu telah diseru
jawablah
sebelum lidahmu jadi bisu


Usman Awang (1967)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top