ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tunjuk Jari Atukmu

Nota: Tiada masalah dengan bangsa Cina melainkan dengan orangnya sahaja. Tak semua Cina berperangai celaka, dan tak semua Melayu (Bumiputera) baik budi pekertinya. Ayat di bawah tak celaka, ia baik dan kita semua menerimanya dengan rela. Buktinya apa? Mudah, kerana tiada seorang pun mahu membalasnya. Perkara dah jadi biasa, orang kita sendiri mempersenda agama tanpa sedar. Bohonglah kalau takdak! Huha!

"Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yg menjerit tak tentu fasal,macam orng nak order mee wantan.Bila sudah diberi mee wantan & memakannya,nak kuih pau besar pula!"

Tunjuk Jari Atukmu

Hari-hari pupuk
harmoni
Hari-hari tunjuk
sebatang jari
Hari-hari telunjuk
ditegak didiri
Hari-hari tiba-tiba hari
silih berganti
Hari-hari-hari bertukar
dari hari ke hari
Pijak kau kepala kau
kepala kau lagi dan lagi
Tikam kau tikam kau
tikam kau turun ke
tulang sulbi
Gadai oh kaugadai oh
kaugadai oh kaugadai
oh gadai
Harmoni oh kaujaga -
agamamu oh dicacah
lagi!

PPIM Gesa Kerajaan Bertindak Terhadap Perbuatan Persenda Azan Menerusi 'Youtube' (klik tajuk)

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman 'youtube'.

Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam.

"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

"Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni," katanya dalam satu kenyataan, di sini Ahad.

Beliau berkata PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu.

-- BERNAMA

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top