ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tuhan Aristotle Dan Tuhan Muhammad (SAW)

++ Nota: Kali ini Pa'eh (Mohamad Farez Abdul Karim) benar-benar melontarkan idea melalui dua karektor yang berbeza fahaman perjalanan dalam beragama. Isinya sarat dan berat, tetapi mampu ditafsir mudah bagi mereka yang memahaminya. Tahniah Pa'eh, hang berjaya menguliti Aristotle, tapi aku harap hang tak mengikuti fahamannya. Itu saja. Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad SAW, ajaran Baginda adalah yang terpaling elok untuk diamalkan oleh umat manusia yang kucar-kacir hala hidupnya. Sekian...

Berkata Aristotle
pada zaman di mana undang-undang telah tersusun
alam tercipta oleh Penggerak Utama
itulah Dia
turut dihurai
persoalan jiwa abadi
dan badani
yang terhapus apabila terhenti nafas
oleh Pencabut Nyawa
itulah Dia
'aku tidak ingin dibunuh seumpama Socrates, guruku'
ujarnya semasa dalam pelarian
lalu Aristotle menemu yang Tercinta
damainya di sana

932 tahun kemudian
lahir seorang manusia di padang Arabia
dia menyusun kembali hukum
dan bercerita perihal jiwa abadi
di tengah kelompok puak gasar
'Tiada Tuhan selain Dia,
Muhammad adalah pesuruh-Nya'
lantas dia diperangi dan dicerca
tetapi bezanya
dia tidak melarikan diri daripada massa
malah dia mendekati manusia
seeloknya
lalu dia menemui Tuhannya
dan berbahagia dengan janji-Nya

1432 tahun kemudian
Aristotle masih dianuti segolong manusia
di menara yang bertimbunan kitab
dan lelaki itu tetap kekal
sebagai Yang Terpuji dalam kalangan manusia

Siapakah Tuhan kedua-dua mereka?
Manusia bercakaran untuk menjawabnya
manakala Kitab di sisi Tuhan
(telah/sedang/akan) dibuka.

Dinukil Oleh: Mohamad Farez Abdul Karim (Pa'eh)
Blog Beliau: Berat-Berat
28 rabiulawal 1432h, 12.30pm

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top