ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang

++ Nota: Tadi tengahari (masa santai), aku menemani seorang sahabat mencari buku berkait tentang... (aku lupa apa tajuk yang hendak dicarinya tadi. nantilah aku ingat balik, sekarang takdo maso). Melilaulah kami berdua terbang mencari buku Centre Point, Kota Kinabalu. Lokasi pertama pencarian pastinya bermula di kedai buku Eaton. Pusing punya pusing, buku yang dicari tak berjaya ditemui di sini! Tindakan seterusnya? Pencarian mencari buku diteruskan. Buku memainkan peranan penting dalam tugasan yang diberikan kepada para mahasiswa jarak jauh (sama seperti mahasiswa sepenuh masa), dan sebuah buku tak cukup 'tuk mengukuhkan hujah tugasan yang diberi; lalu operasi mencari bermula lagi. Kaki berangkat ke sebuah lagi toko buku iaitu Popular di tingkat atas Palm Square, Centre Point. Pusing punya pusing punya pusing, bertemulah akhirnya dengan buku yang berkait rapat dengan tajuk tugasan beliau. Buku dibeli!

Dalam tempoh pencarian buku yang aku rasakan seperti sedang mengikuti rancangan Explore Race, aku jadi pening dengan lambakan bebuku yang sarat memenuhi ruang toko buku Popular. Dari bacaan santai ringan, ke berat-berat (bukan P.O.R.N.O) ada dijual di sini. Aduh, puyeng aku dibuatnya. Aku berpusing sendirian di sekitar ribuan bebuku. Eh, mata aku terpaku terus ke arah buku ini (lihat foto di atas). Tajuknya, 'Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang'. Aku tak beli buku ini. Siapakah penulisnya? Buku ini ditulis oleh Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. Beliau merupakan bekas Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, dan  kini menjadi Penyelidik PAS di bahagian Pusat.Apa yang menarik dalam buku ini agaknya? Belilah sendiri kalau mahu tahu akan kemenarikan isinya. Wah. Huha!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top