ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tarian Poco-Poco Haram? Siapa yang mulakan?

++ Nota: Memulakan dan kemudian mengharamkan. Wah, ironi sungguh. Eh?

~ Poco-Poco (Versi tembak)~
Diolah Oleh: Si Cungap

Siapakah yang memulakan
siapakah yang menganjurkan
tarian ini poco-poco

Tidak perlulah kausalahkan
tidak perlulah kaukisahkan
lagu ini poco-poco

(ulang lirik)

Bukan penyanyi yang bersalah
bukan pencipta yang bersalah
tapi kaulah kaulah
dahulu kaupernah canangkan
dalam setiap jabatan
kerna kaulah
wajar disalahkan

Siapakah yang memulakan
siapakah yang menganjurkan
tarian ini poco-poco

Tidak perlu kausalahkan
tidak perlu kaukisahkan
lagu ini poco-poco

++ Seniman asal yang menyanyikan lagu poco-poco ini bernama Yopie Latul manakala penciptanya ialah Arie Sapulette. Tak perlu berhujah hukum tentang poco-poco, ia harus; bukan haram. Asal tarian poco-poco dari Jamaica? Kuat benar konspirasi mereka ini. Lagu poco-poco asalnya dari negara Indonesia; bukan lahir dari negara Rastafari bawaan Bob Marley.
haram haram haram haram haram haram haram; makruh makruh makruh makruh makruh makruh makruh, harus harus harus harus harus harus? Ikut sabda baginda SAW sahajalah, senang cerita. "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu." (Riwayat Ahmad dan Abu
Dawud dari Ibnu Umar r.a). Huha!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top